suria

“Tak ada rezeki anak ketiga” - Isteri Nubhan keguguran pada usia kandungan 7 minggu

Isteri Nubhan gugur ketika usia kandungan tujuh minggu.

IMPIAN penyanyi Nubhan ingin menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila isterinya, Afifah Hidayah Tawfek mengalami keguguran, baru-baru ini.

Menurut Nubhan, 35, isterinya itu mengalami pendarahan semasa kandungan berusia tujuh minggu dan kini sedang menjalani tempoh pemulihan.

"Tak ada rezeki anak ketiga... gugur buat kali yang kedua! Usia kandungan tujuh minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan berang isteri dituduh berhenti kerja doktor gigi sebab tak sambung kontrak - “Dulu kata aku kikis duit bini, sekarang mari duit kau aku nak kikis!”

"Tak ada rezeki baby dah keluar... jadi kena berpantang yang ringan-ringan sahaja, ” katanya menerusi laman Instagram pada Jumaat.

Bersama kapsyen itu, penyanyi lagu Sekali Lagi ini turut berkongsi video momen ketika menerima perkhabaran isterinya hamil lagi.



Perkongsian Nubhan di Instagram mengenai keguguran isterinya.

Dia turut memuat naik video Afifah melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan selepas mengalami pendarahan, namun kandungannya itu tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, rata-rata pengikut meminta pasangan ini bersabar dengan kehilangan itu dan percaya ada hikmah atas apa yang berlaku.


"Bersabarlah ya, dia tunggu nak tarik ibu bapa ke syurga bersama. InsyaAllah ada rezeki lain untuk kalian berdua nanti.



Nubhan bersama isteri dan anak-anak.

"Sedih sangat! Samalah macam saya keguguran semasa kandungan 13 minggu. Semoga ada rezeki lebih baik menanti," komen netizen.

Nubhan berkahwin dengan Afifah pada Ogos 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 4 dan Ahmad Aaffan berusia dua tahun.

Pada 2016, Afifah pernah mengalami keguguran semasa kandungan berusia tujuh minggu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain