suria

Beberapa hari tak sedap badan, rupa-rupanya Aprena Manrose positif Covid-19, tak tahu jangkit dari mana

Keputusan ujian calitan Aprena Manrose menunjukkan dia positif Covid-19.

PELAKON Aprena Manrose mengesahkan dirinya kini dijangkiti wabak Covid-19 selepas keputusan ujian calitannya disahkan positif.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, pelakon yang memiliki nama penuh, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 28, itu memuat naik satu video menunjukkan dia menjalani ujian calitan itu yang dibuat oleh sebuah klinik swasta.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berkahwin, Aprena Manrose jalani rawatan kesuburan - “Sudah tiba masanya fokus nak anak”

"Saya memang jenis penakut tapi lagi takut bila tahu keputusan saya positif (Covid-19).

"Saya pun tak tahu macam mana boleh kena.

"Setelah beberapa hari tak sedap badan, saya tahu Emma (Maembong) ada buat ujian calitan dekat rumah, terus saya minta contact daripada dia," katanya.

Aprena berkongsikan video ujian calitan yang dilakukannya.

Aprena yang kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya menasihatkan mana-mana individu yang mempunyai simptom agar segera melakukan ujian calitan.

Malah, pelakon filem Jodoh Syaitan ini turut meminta masyarakat di luar sana tidak melabelkan pesakit Covid-19 sebagai penjenayah.

Setelah beberapa hari tak sedap badan, saya tahu Emma (Maembong) ada buat ujian calitan dekat rumah, terus saya minta contact daripada dia.

APRENA MANROSE

PELAKON

"Pesakit Covid bukan penjenayah, kalau anda rasa ada simptom tampilkan diri buat saringan atau berkurung di rumah selama 10 hari.

"Jika tidak, mungkin anda boleh menyebarkan lagi virus itu (kepada orang sekeliling)," ujarnya.

Minggu lalu, pelakon Emma Maembong dan vokalis Drama Band, Aepul Roza turut disahkan positif Covid-19.

Antara selebriti lain yang pernah dijangkiti virus tersebut sebelum ini ialah Ashraf Muslim, Alif Satar, Puteri Aishah, PU Riz dan Shima Anuar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain