PENDAKWAH bebas, PU Abu Sufyan bengang apabila namanya turut terkena tempias apabila isu kecurangan penyampai radio, Shuk Sahar menjadi bahan bualan netizen. Netizen mula mengungkit dan mengaitkan kisah keretakan rumah tangga PU Abu yang berlaku dua tahun lalu dengan meninggalkan komen negatif di laman Instagramnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada cerita sendiri” - PU Abu mengaku cerai isteri sarat mengandung "Ada juga manusia yang masih belum move on daripada isu saya yang dah dua tahun berlalu. "Berhentilah menjadi netizen yang tidak baik. Sedarkah anda tindakan meninggalkan komen seperti ini tidak memberikan kebaikan sedikit pun pada saya, pada awak dan pada yang lain. "Lebih mengecewakan ada yang DM (Direct Message) hanya sekadar nak throwback benda yang hampir dua tahun berlalu dan mengaitkan dengan isu yang sedang berlaku," katanya. Ada juga manusia yang masih belum move on daripada isu saya yang dah dua tahun berlalu. PU Abu Sufyan PENDAKWAH BEBAS PU Abu atau nama sebenarnya, Muhammad Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi, 27, turut meminta netizen agar sentiasa bersangka baik dan mendoakan perkara yang baik-baik sahaja agar tidak berbalik kepada diri sendiri kelak. "Macam inilah kalau dengar kisah orang, tutup telinga, kunci mulut dan hati, doa dan sangka yang baik-baik buat orang yang sedang diuji. PU Abu berkongsikan paparan komen netizen terhadapnya. "Hari ini orang lain, esok lusa kita... Fuh, buih dah mulut sebut benda ini," katanya. PU Abu berkongsikan paparan Instagram Story menunjukkan komen seorang netizen yang mengungkit kembali kisah kontroversi melibatkan rumah tangganya. PU Abu sebelum ini pernah menceraikan isterinya, Ain 'Afini yang sedang sarat hamil tujuh bulan pada April 2019 untuk mengahwini seorang janda anak satu, Hana Azraa. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN