suria

Datin Red percaya naluri isteri tepat, mimpi wanita bertudung putih mengaku madu semasa Datuk Red kahwini Adira secara rahsia - “Dia perkenalkan namanya bermula huruf A”

Datin Red reda dan menerima ketentuan perlu menjalani kehidupan bermadu.

MADU kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim mendedahkan dia didatangi mimpi aneh semasa suaminya Datuk Red berkahwin tanpa pengetahuannya pada tahun 2015.

Meskipun perkahwinan itu dirahsiakan suami, Norshafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red berkata naluri dan firasatnya sebagai seorang isteri sentiasa tepat terutamanya membabitkan hal rumah tangga.

"Benda ni saya tak pernah kongsi pun dengan anda semua... tapi hari ni saya nak kongsi semasa suami saya kahwin senyap-senyap dulu. Selepas seminggu baru dia beritahu!

ARTIKEL BERKAITAN: “Hubungan itu baik, kami tak gaduh” - Adira dedah tak pernah kunjungi rumah madunya

"Okay masa itu mereka kahwin dekat Thailand... saya didatangi mimpi datang seorang wanita memperkenalkan namanya bermula dengan huruf A dan wanita itu bertudung putih mengaku dia madu saya.

"Ini kisah benar tau, saya tak reka pun... betullah sixth sense seorang isteri," katanya.

Perkongsian Datin Red mengenai hal rumah tangga di Instagram.

Datin Red berkongsi mengenai reaksi awalnya apabila mengetahuii suami berkahwin lagi menerusi Instastory pada Isnin.

Sementara itu, Datin Red berkata dia menerima takdir hidup bermadu dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Semua benda termasuklah suami hanya pinjaman di dunia ini dan apa benda yang terjadi ada hikmahnya.

DATIN RED

MADU ADIRA SUHAIMI

"Cara saya cari bahagia... korang fikir semua benda termasuklah suami hanya pinjaman di dunia ini dan apa benda yang terjadi ada hikmahnya. InsyaAllah mesti okay!” ujarnya.

Pada 3 Disember 2015, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand.

Datuk Red bahagia bersama dua isteri.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak bagi semua perkahwinannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain