PENGACARA Dayah Bakar mengakui dia perlu melakukan banyak pengorbanan apabila mengambil keputusan untuk menetap di Canberra, Australia bersama suaminya iaitu Muhammad Hanif Hamidi. Menurut pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar, biarpun terpaksa meninggalkan kebiasaan yang dilakukan di Malaysia namun dia mempercayai keputusan itu demi keluarga kecilnya. ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya bersatu kembali... Dayah Bakar bawa anak jumpa suami, ambil keputusan berhijrah ke Australia selama setahun Memilih untuk berehat selama setahun daripada mengacara di TV, pengacara berusia 32 tahun ini tetap meluahkan rasa syukur apabila kerja yang dilakukan melibatkan atas talian atau secara maya. Dayah dan anaknya terbang ke Australia untuk bertemu suaminya setelah lebih setahun. "Untuk membuat keputusan ke sini, bererti saya harus melakukan banyak pengorbanan serta kebiasaan yang sering dilakukan di Malaysia. Saya percaya dalam hidup ini pasti ada keperluan dan kehendak. "Namun saya juga tak boleh mementingkan diri. Sesuai dengan norma baharu juga banyak kerja dilakukan dalam talian atau secara maya. Sejak tahun lalu, kerja dan tanggungjawab saya pun dibuat dari rumah "Banyak peluang mengacara, menjadi perantara dan 'speaker' juga untuk acara dalam talian. Perniagaan tudung saya pun berjalan macam biasa. Cuma tugas saya untuk mengacara di kaca TV terpaksa dilupakan dulu. "Saya akan berehat selama setahun daripada mengacara di TV. Namun minat saya itu takkan berkubur begitu saja. Insya-Allah ada rezeki, tak ke mana," katanya kepada mStar. Sebenarnya macam satu perjalanan panjang untuk menikmati detik kembali bersama suami. DAYAH BAKAR PENGACARA Sebelum ini, Dayah meluahkan rasa syukur apabila penantian selama lebih setahun untuk bertemu suaminya yang juga pegawai tentera berpangkat kapten berpangkalan di Canberra, Australia berakhir. Menerusi laporan mStar pada 20 Januari lalu, Dayah memberitahu dia terbang ke Canberra bersama anak mereka, Achbar Muhammad Fahri yang kini genap berusia lima bulan. Pengacara program Borak Kopitiam ini terlebih dahulu telah menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bersama anaknya sebaik tiba di Australia pada 6 Januari lalu. Dalam pada itu, Dayah mengakui pertemuan itu merupakan satu nikmah yang indah tambahan pula suaminya pertama kali dapat memeluk dan bertentang mata dengan anak mereka. Dayah melalui proses kehamilan dan kelahiran bayi pertama tanpa suaminya. "Sebenarnya saya seperti lalui satu perjalanan panjang untuk menikmati detik kembali bersama suami. Semestinya menemukan anak kami buat kali pertama depan mata suami. "Satu nikmat indah dapat menyatukan kami bertiga kerana selama ini saya juga tewas dengan juraian air mata saat perlu membuat itu dan ini tanpa suami. "Setiap keperitan itu pasti akan ada kemanisan. Syukur Allah memberi kekuatan untuk saya menempuhinya," ujarnya. Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos tahun lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!