suria

Daiyan Trisha hadiahkan ibu bapa kereta mewah - “Buat apa tangguhkan lagi untuk parents, kita tak tahu apa terjadi akan datang”

Daiyan puas dapat menghadiahkan ibu bapanya sebuah kereta mewah.

PENYANYI dan pelakon, Daiyan Trisha meluahkan rasa puas apabila akhirnya dia dapat menunaikan impian untuk menghadiahkan kedua-dua ibu bapanya, Mohd Nasaruddin dan Samsiah Mohd Nor sebuah kenderaan mewah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Daiyan, 28, berkata dia meletakkan sasaran untuk menghadiahkan ibu bapanya sebuah kereta dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang namun bersyukur hasrat itu berjaya disempurnakan lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara minta reka poster single baharu ala-ala filem 'Parasite', Daiyan Trisha dituduh ambil kesempatan - “Mungkin dia pernah kena tipu!”

"Salah satu impian saya memang nak belikan kereta untuk ibu bapa saya.

"Alhamdulillah di sebalik pandemik Covid-19 (yang melanda), Allah limpahkan saya dengan pelbagai rezeki yang tidak diduga.

"Jadi saya fikir, buat apa tangguhkan lagi kalau untuk parents. Inilah masa yang terbaik untuk membahagiakan mereka sebab kita tidak tahu apa yang terjadi hari akan datang," katanya.

Daiyan berkongsikan foto dia berdiri di samping kereta berjenama Mercedes Benz yang telah pun selamat diserahkan kepada ibu bapanya.

Inilah masa yang terbaik untuk membahagiakan mereka sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi hari akan datang.

DAIYAN TRISHA

PENYANYI, PELAKON

Daiyan Trisha memuat naik gambar kereta yang dihadiahkan kepada ibu bapanya.

Selain itu menerusi perkongsian berasingan, Dayan berkongsi video dia memberikan kunci kenderaan mewah itu kepada ibu bapanya sebagai hadiah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

"Alhamdulillah, dah sampai kat tangan papa dan mummy. Sila peluk ibu bapa anda, tunjukkan yang anda sayang dan kasihkan mereka.

"Buat segalanya yang kamu boleh untuk membalas jasa mereka, takkan pernah cukup tapi sekurangnya kita mencuba," katanya lagi.

Perkongsian Daiyan itu turut mendapat sokongan daripada rakan artis seperti Juliana Evans, Mimi Lana dan Nadia Brian yang melahirkan rasa kagum di atas usaha Daiyan dalam membahagiakan orang tuanya dan merasakan ia wajar dijadikan contoh buat semua anak muda di luar sana.

Daiyan sebelum ini juga pernah berkongsi kejayaannya memiliki rumah idaman sendiri ketika usianya baharu mencecah 25 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain