suria

Pembaca berita TV3 salah sebutan bahasa Inggeris, Adibah Noor ajar ‘pronunciation’ yang betul - “No offence… jangan marah okay!”

Adibah Noor buat video memperbetulkan kesilapan bahasa Inggeris seorang pembaca berita TV3.

MENYEDARI kesilapan bahasa Inggeris seorang pembaca berita TV3 iaitu Ramzan Mohd Saufi, pelakon Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan semula cara sebutan bagi perkataan itu.

Menerusi Twitter, Adibah memuat naik video cara sebutan atau pronunciation yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut.

"Maaf Buletin Utama TV3, saya ambil potongan (berita) daripada anda, no offence (bukan maksud menyinggung)... tapi ini adalah semata-mata untuk pembelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui mudah ditipu, akaun IG Adibah Noor lesap dicuri penggodam - “Betapa bodohnya saya percaya...”

"Memang perkataan wild yang bermaksud liar disebut wild. Tetapi wilderness yang membawa maksud tempat hidupan liar atau belantara kita sebut wil-der-ness sama macam ejaannya.

"Jangan marah okay!" katanya sambil menyertakan tanda pagar (hashtag) betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Rakan artis turut memuji perkongsian Adibah Noor di laman Instagram.

Video yang dikongsi Adibah itu dihasilkan menerusi aplikasi TikTok sebelum dimuat naik semula di Twitter.

Perkongsian Adibah itu menerima komen positif dan mendapat lebih 1,000 retweet dan hampir 4,000 tanda suka daripada pengikut.

Sementara itu, rata-rata pengikut berharap penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini terus menghasilkan kandungan video sedemikian bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris orang ramai.

Antara komen pengikut di laman Twitter.

"Terima kasih pengetua Oh My English, sejak anak tengok YouTube kartun orang putih saya pun kena banyak belajar bahasa Inggeris... banyak ayat-ayat dia yang saya pun tak tahu.

"Tak pandai tak apa tapi kena ada keinginan untuk belajar. Dah tahu tak pandai, kena ulang kaji dulu. Part pronunciation, past tense, present tense dan future tense banyak yang gagal.

"Teruskan buat content macam ni, dapat kita ilmu baharu... kalaulah cikgu bahasa Inggeris saya macam ni masa sekolah dulu, mesti dapat markah baik," antara komen pengikut.

Sebelum ini, Adibah Noor yang merupakan guru bahasa Inggeris kerap berkongsi cara sebutan dan ejaan yang betul di laman sosial miliknya.

Malah, penyanyi Haqiem Rusli juga pernah menerima teguran apabila sebutan bahasa Inggeris dalam lagu yang dinyanyikan berjudul, Jatuh Bangun tidak jelas dan kurang difahami.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain