suria

Alhamdulillah Shuk dan isteri dah berbaik! Hantar rombongan meminang nak pujuk semula Sera - “Kalau berani buat salah, jangan takut mengaku dan selesaikan”

Shuk dan isteri sudah kembali berbaik pada malam Isnin.

SELEPAS tiga minggu berantakan, pelawak Shuk Sahar akhirnya berjaya memujuk isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah kembali berbaik pada malam Isnin.

Menurut Shuk, 35, mereka juga sudah kembali tinggal sebumbung di Puncak Alam, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa dah cium kaki suami minta ampun tapi sayang, Shuk Sahar tak berubah

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar digantung tugas serta merta sebagai penyampai Hot FM - “Tindakan ini bagi memberi ruang pihak pengurusan buat siasatan dalaman”

"Sebelum ini saya balik kampung melawat mak ayah saya di Pulau Pinang dan malam semalam (Isnin), saya betul-betul pujuk Sera (isteri) dan jelaskan semua benda pada dia.

"Kalau kita berani buat salah, kita jangan takut mengaku kesalahan dan cari penyelesaiannya.

"Sekarang saya akan buat apa sahaja yang terbaik sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Rumah tangga Shuk dan isteri dilanda kemelut apabila pelawak itu dikatakan curang dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Konflik rumah tangga Shuk dikaitkan dengan wanita dikenali sebagai Fara Salleh.

Terdahulu, penyampai radio Hot FM ini membuat kejutan apabila melakukan live Instagram menghantar rombongan meminang isterinya sekali lagi pada malam Isnin.

Menerusi video itu, Shuk juga mengambil kesempatan memujuk isterinya agar kembali berbaik.

Dalam pada itu mengulas mengenai dakwaan netizen bahawa Shuk sengaja menjadikan konflik rumah tangganya sebagai gimik untuk sebuah produk kecantikan yang dijual isterinya, Shuk meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian.

"Semalam (Isnin) memang saya nak ambil kesempatan itu nak berbaik dengan isteri, sebab saya rasa ia masa yang sesuai dan ini juga merupakan idea pengasas produk tersebut, Joe.

"Pada saya, kita tak boleh nak betulkan semua orang (tanggapan orang).

"Takkanlah saya nak gunakan isu rumah tangga sendiri sebagai gimik," katanya.

Shuk mula digantung tugas sejak 25 Januari lalu.

Sementara itu, Shuk juga turut meluahkan rasa sedih kerana masih belum mendapat maklum balas dari pihak pengurusan Hot FM berkaitan penggantungannya.

Shuk digantung tugas bermula 25 Januari lalu sejak isu mengenai rumah tangganya kembali hangat diperkatakan dua hari sebelum itu.

"Sampai sekarang tiada feedback daripada Hot FM lepas saya dah beri surat balas kepada mereka.

"Sebenarnya, saya rasa tergantung juga la sebab tak tahu sampai bila status saya macam ini (tidak boleh bersiaran).

"Saya rindu sangat nak kembali on-air sebab saya dah empat tahun dengan Hot FM dan itu memang kerjaya utama saya," katanya.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimy yang berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain