SUSULAN kecoh dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita, penyanyi rap Aman Ra meminta diberikan sedikit ruang sebelum membuat sebarang penjelasan. Aman Ra atau nama sebenarnya, Aman Jamaluddin, 34, menerusi wakil syarikat pengurusannya, Joe Saiful berkata, buat masa ini dia enggan memberikan apa-apa respons terhadap segala tuduhan yang dilemparkan isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: Budaya hip hop bukan hanya tentang kemegahan, Aman Ra ‘selamba’ bawa Honda EX5 naik pentas AJL34 "Buat masa sekarang Aman Ra tidak boleh bagi apa-apa komen... dia perlukan ruang dulu. "Dia tak nak diganggu kerana sekarang dia sedang memberikan fokus pada penghasilan album terbaharu yang bakal keluar pada tahun ini. "Apabila keadaan dah okey sikit, dia akan beri kenyataan. Kita akan umumkan nanti bila akan diadakan virtual pc (sidang media maya) dengan dia," kata Joe ketika dihubungi mStar. Isteri Aman Ra memuat naik status di Instastory. Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Natiqah Rahmat tampil membuat pendedahan kononnya suaminya curang dengan wanita lain pada malam Isnin. Menerusi beberapa posting di Instastory, wanita terbabit mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan selepas mengetahui kecurangan suaminya. Wanita itu juga mendakwa suaminya sudah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini selain tergamak meninggalkan keluarga yang sedang sakit demi menjaga teman wanitanya. Hasil perkahwinan dengan Natiqah, Aman mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa dan Tuah Khalifa. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!