suria

Kakak Aiman Tino, Fara Hezel minta henti kecam keluarga - “Netizen rileks eh, mind your own business!”

Kakak Aiman Tino tegur netizen yang menulis kecaman terhadap keluarganya.

KAKAK kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Fara Hezel meminta netizen menghentikan kecaman terhadap keluarganya berhubung isu membabitkan penyanyi itu dengan ibunya baru-baru ini.

Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 25, berkata isu ini terlalu peribadi dan netizen tidak perlu masuk campur urusan keluarganya itu.

Dia turut meminta netizen tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap mereka sekeluarga kerana setiap manusia pasti ada ujiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aiman Tino hilangkan diri? Ibu dakwa anak abaikan keluarga - “Macam itulah kalau dah dikongkong, mak kau kat KKB ni... mari cari!”

“Netizen rileks eh. Tak payah kecam-kecam sangat. Chill je, mind your own business!

“Banyak masa korang nak komen-komen, ingat ya guys korang pun ada keluarga.



Fara minta netizen henti kecaman terhadap keluarganya.

“Jadi hentikan menghakimi keluarga saya. Jaga urusan anda sendiri, ” tulisnya di Instastory pada Selasa.

Pada Isnin lalu, ibu Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil meluahkan rasa terkilan dengan sikap anaknya yang didakwa mula 'buat hal' hingga mengabaikan kerjaya seni.



Luahan ibu Aiman di Instagram.

Ibunya mendakwa Aiman gagal dihubungi hingga menganggu urusan berkaitan kariernya termasuk percaya kehidupan anaknya dikongkong oleh seorang wanita dikenali sebagai Farah.

Susulan status yang dimuat naik ibunya itu, Aiman tampil menjelaskan semua yang berlaku itu hanyalah disebabkan oleh salah faham.

Malah, penyanyi berusia 23 tahun itu mengaku apa yang berlaku itu berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

Aiman juga memberitahu sudah pulang ke kediaman keluarga di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada malam Isnin lalu bagi menjernihkan keadaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain