suria

Ayie (Floor88) lega pelanggan dah boleh ‘dine in’ dalam restoran, hampir sebulan lalui situasi menyakitkan

Ayie bersyukur pelanggan boleh makan dalam restoran.

VOKALIS kumpulan Floor88, Ayie meluahkan rasa syukur dan menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan semula pelanggan makan di restoran bermula Rabu.

Ayie yang juga merupakan pemilik restoran Ayie Elham Cafe berkata keputusan itu sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semula hasil pendapatan restorannya yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

"Apabila kerajaan izinkan semula pelanggan dine in atau makan di kedai... kami sebagai peniaga memang bersyukur sangat! Alhamdulillah dapat meriahkan semula restoran.

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Pusing-pusing kafe Ayie Floor88, sambil makan sambil dengar live band

"Hampir sebulan kita berdepan situasi menyakitkan ini, apabila kerajaan benarkan semula dapatlah kita kumpul balik modal dan kos operasi yang keluar sebelum ini.

"Hari pertama masih kurang pelanggan yang memilih untuk makan dalam restoran, mungkin masih takut-takut atau rasa janggal lagi... sebab dah terbiasa bungkus bawa balik rumah sebelum ini," katanya kepada mStar.

Kalau ada pelanggan yang langgar SOP kami akan tegur baik-baik, bimbang nanti kena kompaun pula kan?

AYIE FLOOR88

PENYANYI

Sebagai pemilik restoran, Ayie berkata dia perlu memastikan kakitangan dan pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sepanjang waktu operasi perniagaan.

"Restoran kami dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, kita memang ikut SOP ketat yang ditetapkan kerajaan antaranya hanya dua orang untuk satu meja.

Ayie pastikan pelanggan dan staf patuh SOP.

"Saya pun dah terangkan kepada pekerja mengenai SOP... kalau ada pelanggan yang langgar SOP kami akan tegur baik-baik, bimbang nanti kena kompaun pula kan?

"InsyaAllah kita sama-sama doakan semoga Covid-19 ini berlalu pergi dan semua orang dapat menjalani kehidupan biasa tanpa perlu ada rasa bimbang," ujarnya.

Pada Selasa lalu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelanggan boleh makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja dan mengikut SOP termasuklah mengekalkan jarak fizikal satu meter.

Katanya, pihak restoran perlu memastikan ada petugas yang menjaga SOP dan menghadkan bilangan pelanggan pada satu-satu masa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain