suria

“Bagi family kenyang pun tak guna kalau haram” - Eyra Hazali buat laporan polis, berang foto keluarga jadi umpan 'scammer'

Eyra berkongsi paparan skrin akaun Facebook yang menggunakan gambarnya sekeluarga.

PELAKON Eyra Hazali berang apabila mengetahui terdapat sebuah akaun Facebook menggunakan foto dia sekeluarga berserta kapsyen palsu dengan tujuan menarik orang ramai menyertai perniagaan menjana pendapatan.

Malah, amaran Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, terhadap pemilik akaun tersebut agar menurunkan perkongsian tersebut tidak dihiraukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Solat sambil dukung anak, Eyra Hazli kongsi cara mudah elak bayi meragam ketika sembahyang - “Tak batal pun, janji khusyuk dan aurat terjaga”

"Eyra terima satu DM Khamis lalu yang menyatakan ada satu akaun Facebook telah menggunakan gambar keluarga Eyra serta kapsyen yang palsu. Allahuakbar... Eyra dah pun hubungi orang tu untuk turunkan post itu.



Eyra turut memuat naik paparan skrin perbualannya dengan pihak terbabit.

"Tapi mereka tak nak percaya Eyra pemilik gambar itu. Katanya ada ahli mereka yang beri, bila tanya... tak nak jawab dan sebenarnya ada bukti lain mereka memang suka-suka ambil gambar orang lain juga.

"Mereka pun tak nak turunkan post itu sebab mereka rasa marketing itu berjaya tapi tak! Walaupun Eyra ugut nak buat laporan polis pun dia tak takut mungkin seronok tengah pegang duit orang?" katanya.

Tolong sesiapa yang nampak post ini dekat Facebook, tolong komen dekat situ semua menipu.

EYRA HAZALI

PELAKON

Eyra mendedahkan perkara itu dengan memuat naik beberapa paparan skrin akaun Facebook dan perbualan pihak terbabit di laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen di ruang komen perkongsiannya itu turut meluahkan rasa berang terhadap tindakan tidak bertanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Dalam pada itu, pelakon drama Mr Grey ini akhirnya meneruskan langkah dengan membuat laporan polis bagi mengelakkan lebih ramai lagi tertipu dengan taktik kotor pihak terbabit.



Eyra bersama suami dan anaknya.

"Tapi Eyra dah buat laporan polis. Gambar keempat sampai habis itu perbualan dengan orang lain dan boleh pula dia cakap salah beri? Dengan kenyataan macam itu, pakai gambar my family, boleh salah beri pula?

"Bila kantoi, terus dia block. Tolong sesiapa yang nampak post ini dekat Facebook, tolong komen dekat situ semua menipu. Dalam akaun FB dia tak ada post ini tapi selalu keluar dekat timeline yang lain as sponsored.

"Kalau terdesak sangat cari duit, banyak lagi cara yang halal. Bagi family kenyang pun tak guna kalau haram. MasyaAllah... Tolong sebarkan ya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain