suria

Pernah keluar single berjudul 'Xray', Nabila Huda mengadu dekat Amy Search tak nak menyanyi lagi - “Ya Allah rosak kerjaya aku sebagai pelakon kalau lagu ini keluar!”

Nabila mengadu tidak mahu lagi menyanyi kepada bapanya, Amy Search.

PELAKON Nabila Huda berkongsi pengalaman dia melalui proses merakam lagu pertamanya berjudul Xray yang dikeluarkan sekitar 2010.

Nabila atau mesra disapa sebagai Abil menerusi laman Instagram mengakui dia berasa tertekan sepanjang dua hari menjalani proses rakaman lagu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda imbau kenangan jadi pelakon sebab nak bayar bil telefon, job pertama 'kena kencing' hanya dibayar RM600 - “Berlakon kayu... kena maki bertubi-tubi sampai menangis”

Gara-gara bimbang karier lakonannya akan musnah, pelakon berusia 37 itu meminta pertolongan bapanya iaitu penyanyi Amy Search untuk memberitahu komposer dan penerbit Edrie Hashim tidak mengeluarkan lagu itu.

"Lagu dah siap tapi nak tunggu Abil masuk studio setahun juga la sebab malu gila nak menyanyi. Recording ambil masa dua hari sebab hari pertama tu memang tak faham langsung nak record macam mana.



Nabila berkongsi video dia dan anaknya mendengar semula lagu nyanyiannya berjudul Xray.

"Sebab tak pernah dan kemudian stres kena ulang-ulang banyak kali and masa tu I naik hantu sebab rasa complicated betul! Hari kedua rakaman ingatkan boleh sambung saja rupa-rupanya tak boleh la sebab mood and suara dah tak sama.

"So kena repeat lagi all over. Naik hantu lagi sekali. Lepas habis recording Abil nak balik tu Abil terus call papa cakap Abil tak nak nyanyi. Abil cakap tak suka suara la, lagu tak best la. Lepas itu cakap kat papa, please la beritahu uncle Edrie jangan release lagu ni.

"Masa time tu kepala otak fikir 'ya Allah rosak la kerjaya aku sebagai sorang pelakon kalau lagu ni keluar. Orang comfirm kutuk suara tak macam papa. 'Overthinking teruk ok," katanya.

Pelakon filem Munafik itu turut memuat naik video dia mendengar semula lagu nyanyiannya bersama anak perempuannya, Keisha Laila.

Lirik kelaut dalam nasib baik lagu baru orang tak hafal lagi!

NABILA HUDA

PELAKON

Dalam pada itu, Nabila memberitahu dia terkejut apabila mendengar lagunya berkumandang di radio ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran.

Malah selepas lagu itu dikeluarkan, pelakon drama Kl Gangster Underworld ini menerima tawaran untuk membuat persembahan pertamanya di acara Jom Heboh.

"Selepas seminggu, I pun dah lupakan kejadian recording dan yakin memang comfirm lagu ni tak keluar. Kemudian, ada satu hari tu Abil tengah drive nak pergi shooting, buka la radio. 'Ok kite dengarkan single terbaru dari Nabila Huda... Xray!'

"Oh my god, korang boleh bayangkan tak macam mana terbeliaknya mata Abil masa tu. Oh no, the damage has been done! Macam mana aku nak hadap dunia ni. Orang akan panggil perform, talkshow kena nyanyi.

"Abil ada beritahu kan before this kelemahan Abil adalah nak hafal lirik. Macam-macam dalam otak sambil fikir dan menangis. Untuk pengetahuan, memang favourite aku sebenarnya emo atau menangis masa tengah drive!



Nabila bersama anak dan suaminya.

"Show pertama di Jom Heboh. Lirik kelaut dalam nasib baik lagu baru orang tak hafal lagi! Alhamdullilah hujan masa tu, jadi kamera pun masa tu satu saja. Tak ada la close up nampak muka Abil yang nervous," ujarnya.

Sementara itu, Nabila memberitahu biarpun pada mulanya dia menjangkakan lagu itu adalah kesilapan terbesar namun dia bersyukur dengan penerimaan orang ramai dan menganggap ia satu pengalaman pertama serta terakhir dalam bidang nyanyian.

"Abil ingatkan single tu adalah satu kesilapan yang besar Abil penah buat dalam kerjaya Abil Tapi sebenarnya Abil silap, semua orang sukakannya! Abil sepatutnya amik benda tu sebagai pengalaman.

"Been there and done that. That was my first and last. I’ll stick to my acting career. Forever and ever ! Tiada apa yang boleh ubah cinta Abil pada bidang lakonan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain