suria

Hazama terima kolaborasi dengan Elizabeth Tan kerana bersuara unik - “Tone suara dia ada karakter, sekali dengar dah tahu siapa yang nyanyi”

Hazama pertama kali dapat bergandingan dengan Elizabeth.

PERTAMA kali bekerjasama dan bergandingan dalam video muzik (MV) lagu Beku, penyanyi Hazama mengakui segan dengan pasangan duetnya iaitu penyanyi Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila tidak mempunyai banyak babak bersama dengan Elizabeth seperti yang difikirkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai peminat patah hati Elizabeth Tan 'upload' video kahwin - “Saya tak jangka sampai ada yang nak unfollow”

"Masa shooting video muzik, saya okay saja walaupun sebenarnya saya memang segan juga dengan Lizzy sebab kali pertama bergandingan dan satu frame dengan dia.



MV Beku kini trending di YouTube.

"Alhamdulillah... selamat babak saya dengan dia tak banyak pun. Bagi saya, jalan cerita pun sangat menarik dan saya tak ada rasa takut nak shoot dengan dia.

"Kalau babitkan perkahwinan ini, mula-mula saya ingatkan kena bersanding dengan dia tapi rupa-rupanya kami tiada babak itu. Jalan cerita untuk MV ini bukan idea saya... semuanya daripada Lizzy sahaja dan saya ikut saja," katanya kepada mStar.

Penyanyi berusia 37 tahun ini berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Elizabeth menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Beku ketika sesi bersama media menerusi video secara maya baru-baru ini.

Saya minat dengan tone suara dia dan kerjasama saya dengan dia pun sesuatu yang lain.

HAZAMA

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Elizabeth mengakui dia sengaja melakukan gimik dengan berkongsi video memperlihatakan dia seakan-akan berkahwin untuk mempromosikan lagu Beku.

Dalam pada itu, Hazama mendedahkan dia mula mengenali dan meminati suara Elizabeth ketika penyanyi berusia 28 tahun itu menyanyikan semula lagunya berjudul Malaikat.

Hazama turut memberitahu dia bersetuju untuk projek berduet itu kerana menganggap suara Elizabeth unik dan lagu tersebut juga berbeza dengan kesemua singlenya sebelum ini.



Hazama teruja dapat kerjasama dengan Elizabeth menerusi lagu Beku.

"Pertama sekali, saya tahu mengenai Lizzy masa dia cover lagu saya Malaikat. Kat situ, saya dah perasan tone suara dia bagus... satu karekter yang bila kita dengar dah boleh tahu siapa yang nyanyi.

"Sebelum ini, saya tak ada alasan untuk macam mana nak kerjasama dengan Lizzy tapi tiba-tiba dia offer kepada saya dan ia satu tawaran yang menarik untuk saya ambil sebab itu saya setuju berduet dengan dia.

"Saya minat dengan tone suara dia dan kerjasama saya dengan dia pun sesuatu yang lain. Lagu ini dibandingkan dengan lagu-lagu saya yang lain memang berbeza sebab itu saya setuju dengan project berduet dengan Lizzy," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain