suria

Mata sampai terkeluar, Uqasha Senrose muat naik semula foto tanpa ‘filter’ - “Saya hanya enhanced warna lens supaya tidak kusam!”

Dua foto yang sama, satu menggunakan filter (kanan) yang dimuat naik Uqasha di laman Instagramnya.

TINDAKAN Uqasha Senrose menambah kualiti warna pada lens yang dipakainya menarik perhatian segelintir netizen sehingga menuduh pelakon itu terlalu banyak menggunakan aplikasi tapisan atau ‘filter’.

Menerusi satu perkongsian, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, yang menunjukkan solekannya ditegur supaya mengurangkan penggunaan teknik itu berikutan kekasih Kamal Adli sudah sememangnya cantik secara semula jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli buat kejutan! Lamar Uqasha Senrose di pentas AME 2020

"Jangan la pakai filter, dah lawa kot, filter lens tu tak boleh blah. By the way, cantik," tulis netizen.

Uqasha kemudiannya menjelaskan yang dia tidak menggunakan filter yang keterlaluan sebaliknya hanya menambahkan sedikit clarity (kejelasan) di bahagian mata agar ia tidak kelihatan kusam.

"Saya langsung tidak menggunakan filter, sebaliknya cuma tambah kejelasan di bahagian mata supaya ia tidak kelihatan kusam," jelas Uqasha.

Selepas ditegur sebegitu oleh netizen tersebut, Uqasha memuat naik foto yang sama tanpa menggunakan sebarang filter.

Uqasha memuat naik gambar tanpa filter di bahagian mata.

"Jadi ini adalah gambar sebelum saya menaikkan kualiti warna lens sampai ternampak macam mata saya terkeluar.

Saya langsung tidak menggunakan filter, sebaliknya cuma tambah kejelasan di bahagian mata supaya ia tidak kelihatan kusam.

UQASHA SENROSE

PELAKON

"Ramai sangat (netizen) yang prihatin. Saya sangat terharu. No hate guys, love you," katanya.

Gambar itu turut menarik perhatian Kamal yang memuji kecantikan teman wanitanya itu.

"Oh my God, tak menyesal atas stage hari tu... awak milik saya," tulis Kamal.

Kamal melamar Uqasha di pentas AME2020.

Foto yang dikongsikan Uqasha itu turut mendapat tanda suka daripada rakan selebriti lain seperti Anzalna Nasir, Siti Sarah, Wanna Ali dan Azza Elite.

Sekadar info, Kamal sebelum ini melamar Uqasha di pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung pada 20 Disember lalu sekali gus mengesahkan hubungan istimewa yang terjalin di antara mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain