suria

Calon SPM ‘pro max’ botak kepala gara-gara cabar ‘follower’ mStar - “Maaf la, saya salah seorang yang like komen dia… rasa bersalah pula”

Wajah sebelum dan selepas melakukan cabaran membotakkan kepala oleh calon SPM, Iman Haikal.

ZAMAN sekarang ini kita terdedah dengan pelbagai cabaran di media sosial.

Sama ada untuk popular atau sekadar suka-suka, sesuatu cabaran terbuka itu selalunya dipandang serius oleh netizen.

Seperti seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bernama Iman Haikal Jamaluddin ini, dia akhirnya pasrah apabila terpaksa membotakkan kepala secara langsung menerusi Instagram @mstaronlineofficial.

mStar menyahut cabaran yang dikemukan pengikut Instagram.

Ia bermula apabila remaja berusia 18 tahun itu menulis di ruangan komen pada salah satu posting sekitar pukul 8 malam Khamis dengan mengatakan dia sedia membotakkan kepada sekiranya tulisannya itu menerima seribu tanda suka atau like.

"Cukup 1,000 like pada komen ni ku botak for SPM... pray for me," tulis Iman.

Tanpa menyangka komen berkenaan disedari pengendali akaun mStar yang kemudiannya cuba menarik perhatian netizen dengan menulis: "Guys, tengok ni".

Pihak mStar seterusnya menghangatkan lagi suasana dengan menawarkan lebih keseronokan kepada netizen apabila memberi cabaran balas kepada Iman agar sesi membotakkan kepada dilakukan secara langsung di Instagram.

Akhirnya selepas tiga jam iaitu kira-kira pukul 11 malam, komen remaja berkenaan menerima 1,052 like.

Jangan main-main dengan admin mStar, mereka baca komen kita.

NETIZEN

Sehingga kini komen itu mendapat hampir 3,000 like.

Selepas perbincangan dibuat, kira-kira pukul 12.15 tengah hari Jumaat, wartawan mStar Ali Toupan Rajalee akhirnya bersiaran langsung dengan Iman di sebuah kedai rambut di Puncak Alam, Selangor.

Sambil ditemani lima orang rakan yang lain, Iman ternyata mengotakan janji sambil disaksikan kira-kira 1,600 pengguna Instagram yang lain.

"Tak sangka dapat lebih 1,000 like, jangan risau saya jenis yang tunaikan janji.

Netizen begitu teruja dengan cabaran yang dibuat Iman.

"Family dah tahu saya buat cabaran ni, mereka kata ikut suka saya la," katanya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3, Bandar Puncak Alam.

Netizen yang menyaksikan sesi membotakkan kepala itu juga melahirkan rasa teruja dengan keberanian Iman.

"Maaf la, saya salah seorang yang like komen dia. Ternyata rakyat Malaysia memang pemurah. Terasa bersalah pula sekarang.

Wajah pasrah Iman apabila kepalanya dibotakkan sambil ditemani kru mStar.

"Dah botak mesti mudah nak terima ilmu, good luck SPM nanti. Contohi la dia, janji tepati bukan capati.

"Jangan main-main dengan admin mStar, mereka baca komen kita," tulis beberapa netizen.

Iman yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula Isnin ini kemudiannya dikejutkan lagi dengan hadiah istimewa berupa kemeja-t eksklusif mStar.

Kelima-lima rakannya juga diberikan hadiah yang sama sebagai tanda penghargaan kerana menjadi pembaca setia mStar sebagai portal hiburan dan gaya hidup popular.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

iman haikal, botak challenge, spm 2021,

Artikel Lain