suria

Nikah pada tarikh 'anniversary' kelima, kongsi hanya sekeping foto bersama di IG antara 10 fakta tentang suami Hannah Delisha, Imam Shah

Hannah Delisha dan suami, Imam Shah selamat diijab kabul pada Khamis.

DALAM diam-diam pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 25, telah pun selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Imam Shah pada Khamis.

Hubungan yang telah terjalin sejak lima tahun itu dimeterai menerusi satu majlis pernikahan yang berlangsung dalam keadaan serba sederhana di Singapura.

Pasti ramai tertanya-tanya siapa gerangan jejaka yang bertuah memiliki gadis idaman Malaya ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Delisha selamat bernikah dengan pelakon Singapura, Imam Shah - “Akhirnya selepas lima tahun”

Di sini, mStar kongsikan 10 fakta mengenai Imam Shah serta hubungannya dengan Hannah Delisha.

1. Imam Shah atau nama sebenarnya Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib merupakan seorang pelakon Singapura.

2. Selain itu, jejaka berusia 32 tahun ini juga dikenali sebagai pelakon aksi dan juga model.

3. Imam juga pernah membintangi drama bersiri yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2018 iaitu, Lafazkan Kalimah Cintamu yang turut dibintangi Nelydia Senrose dan Farid Kamil.

4. Dia juga merupakan sepupu kepada pelakon Nadiyah Shahab.



Imam merupakan sepupu kepada pelakon Nadiyah Shahab.

5. Menerusi laman Instagramnya, @imamemy, Imam mempunyai seramai lebih 100,000 pengikut dan hanya memuat naik sekeping foto bersama Hannah sepanjang hubungan cinta mereka terjalin.

6. Menerusi pemerhatian di laman Instagramnya, Imam dilihat gemar berkongsikan aktiviti seni serta kecergasan, memang padanlah dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon aksi.

7. Imam juga merupakan seorang cat lovers apabila dia turut memiliki seekor kucing peliharaan yang cukup gebu!

8. Pasangan ini pernah bekerjasama dalam drama episod Faculty CH5 yang disiarkan di Mediacorp Channel 5 sekitar Mac 2017.



Imam cukup aktif dengan kehidupan sihat.

9. Tarikh pernikahan iaitu 18 Februari merupakan tarikh ulang tahun hubungan mereka yang kelima.

10. Hannah tidak pernah memuat naik foto bersama Imam, manakala Imam hanya memuat naik sekeping foto mereka bersama lima tahun lalu. Betul-betul simpan rahsia!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain