suria

[VIDEO] Hannah Delisha selamat bernikah dengan pelakon Singapura, Imam Shah - “Akhirnya selepas lima tahun”

PELAKON Hannah Delisha mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan sudah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati yang juga pelakon, Imam Shah di Singapura pada Khamis.

Hannah atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 23, meluahkan rasa syukur kerana hubungannya dengan Imam selama lima tahun berakhir sebagai suami isteri.

"Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, I love You Imam," tulisnya beserta tanda pagar (hashtag) Imam Pada Hannah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Delisha tak mahu jaja kisah peribadi, lebih suka sikap 'low profile ' - “Saya tak pernah bimbang soal rezeki selepas bertudung”

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi dua keping foto bersama suami selepas upacara pernikahan itu.

Sementara itu, Imam menerusi Instagram miliknya berkongsi foto menyarungkan cincin di jari manis Hannah.



Perkongsian Hannah di Instagram.

Rata-rata peminat terkejut dengan berita gembira ini, namun mendoakan supaya pasangan pengantin ini diberikan kebahagian melayari alam perkahwinan.

Malah rakan artis turut menulis ucapan tahniah antaranya Datin Lisa Surihani, Amyra Rosli, Aeril Zafrel, Nabila Razali, Alvin Chong dan Daiyan Trisha.



Imam sarung cincin di jari manis Hannah.

Pada September tahun lalu, Hannah yang tampil dengan imej berhijab menafikan penampilan baharunya itu kerana ingin berkahwin dalam masa terdekat.

Sebaliknya, dia hanya melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah SWT dan mahu menjadi muslimah yang baik.

Menerusi laporan mStar pada Januari lalu, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini berkata dia lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya sahaja memandangkan dirinya seorang yang tidak gemar menjual kisah peribadinya kepada umum.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain