CABARAN yang dilalui wanita bernama Ina Naim tidak semudah difikirkan. Bermula dengan fasa sedih kehidupan lalunya, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 37, kini dikatakan pula menanggung suami dan anak-anak. Ia disebabkan suaminya, penyanyi Suhaimi Saad, 41, dipercayai mengalami masalah penglihatan terhad. Ina Naim bahagia dengan kehidupannya bersama Suhaimi dan anak-anak. Kerja mencari pendapatan menyara keluarga dikatakan terpaksa dilakukan Ina sehingga timbul tohmahan kononnya Suhaimi Saad menggunakan wang program i-Sinar milik Ina untuk pembikinan lagu. ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Saad bengang dituduh guna duit i-Sinar Ina Naim buat lagu - “Aku pun ada KWSP, royalti, bisnes dan duit upah urut... walaupun” ARTIKEL BERKAITAN: Alami sakit mata kronik, Suhaimi Saad tidak menolak terkena gangguan sihir Bagaimanapun, Ina menegaskan biarpun Suhaimi berdepan masalah mata namun suaminya masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan bapa kepada anak-anak mereka. "Alhamdulillah... suami saya masih lagi pikul tugas biarpun keadaannya tidak berapa sihat. Cuma sekarang ini saya kena lebih bertenaga dan kuat sebab suami tak boleh nak drive lagi akibat masalah mata dia. Ina bersyukur suami masih pikul tanggungjawab biarpun keadaan penglihatan tidak baik. "Walaupun begitu, dia tetap menjalankan tanggungjawab lain dengan baik. Suhaimi masih lagi boleh menyanyi, buat lagu dan persembahan. Kalau ada waktu terluang, dia akan mengurut orang lelaki selain uruskan pembelajaran anak-anak. "Saya pun ada berniaga antaranya jual laksa Kedah dan mi kari. Saya jenis orang tak suka duduk saja, nak juga buat sesuatu yang manfaat. Saya lebih selesa macam ini... tidak beri satu tekanan atau kesusahan pun sebab saya ikhlas dan minat," kata Ina kepada mStar. Sebelum ini, Suhaimi menerusi laman Facebook berkongsi paparan skrin komen daripada individu yang menuduh dia menggunakan wang daripada program i-Sinar milik isterinya untuk pembikinan lagu. Suhaimi yang kini menetap di Kelantan bersama keluarganya juga mendapat bantuan makanan asas dan wang tunai daripada wakil komuniti Kubang Kerian pada Isnin lalu bagi membantu meringankan beban mereka saat musibah Covid-19 melanda. Apa yang boleh kita buat adalah berdoa dan serah kepada Allah. INA NAIM PENYANYI Dalam pada itu, Ina memberitahu dia tidak pernah terkesan dengan segala kecaman dan kritikan netizen terutama isu membabitkan Suhaimi. Malah menurut Ina, suaminya juga sentiasa berkongsi semua perkara termasuklah mengenai tawaran perkhidmatan urut dalam di beberapa platform antaranya aplikasi mencari pasangan sejenis. "Untuk kecaman atau apa-apa yang negatif, saya memang tak pernah ambil kisah... dengar dan baca tapi tak simpan dalam hati. Dari awal saya popular dahulu, memang tak pernah ambil pusing hal-hal macam ini. "Lagi-lagi bila membabitkan hal suami saya... dia memang tiada rahsia langsung dengan saya. Apa yang dia buat, dia akan jujur cerita dengan saya. Semua aplikasi yang dia buat untuk khidmat urut, dia akan tunjuk dekat saya. Ina bergambar dengan pelanggan yang membeli laksa Kedah hasil air tangannya. "Bagi saya, netizen yang suka kecam itu... satu hari nanti Allah akan uji hidup mereka, tak pun di akhirat kelak. Apa yang boleh kita buat adalah berdoa dan serah kepada Allah. "Alhamdulillah, ramai dah minta maaf atas kata-kata dan jari-jari mereka menulis yang kurang baik pada kami. Bukan satu masalah besar untuk saya ambil kisah dengan netizen yang bersikap negatif terhadap kami," ujarnya. Pasangan itu turut tampil dengan album nasyid bersama anak-anak mereka berjudul Bismillah yang mempunyai 10 buah lagu antaranya Selimut Putih, Bismillah, Zafrin Solawat, Keagungan Tuhan dan Kasihnya Ibu. Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 13, Sallman El-Khoyri, 11, Phyrosh Elfadwah, 9, dan Nurlayla Elghufrony, 7. Menerusi laporan mStar pada 6 November 2020, Suhaimi mendedahkan dia menghidap sakit mata kronik sejak 2019 dan memerlukan bantuan isteri untuk melakukan urusan harian. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!