suria

Bukan biasa-biasa! Resipi inspirasi Alif Satar ‘Nasi Ayam Sambado’ dijual di AEON - “Teruja dapat tolong orang... sambil membeli boleh menderma”

Nasi Ayam Sambado inspirasi daripada Alif Satar dijual di cawangan AEON.

PENYANYI dan pengacara, Alif Satar teruja apabila dapat bekerjasama dengan AEON Malaysia (AEON) bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menerusi Kempen Beli dan Derma Nasi Ayam ‘Sambado’ (Nasi Ayam Sambal Sado).

Menurut Alif, Nasi Ayam Sambado itu diinspirasikan daripada resipinya sendiri dan menjadi menu terbaharu yang akan dijual di lebih daripada 65 cawangan AEON iaitu pasar raya AEON GMS, AEON BiG dan AEON MaxValu.

"Resipi Nasi Ayam Sambado merupakan hasil inspirasi saya sendiri selepas bertemu seorang makcik yang menjual nasi sambal yang saya panggil Mama K.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkat tema Covid-19... selebriti terkenal warnai telemovie, MV Aeon tanda semarak semangat patriotik Hari Kebangsaan

"Bermula daripada situlah timbul idea nak pasarkan nasi istimewa ini secara lebih meluas. Alhamdulillah, peluang diberikan oleh AEON menjadikan Nasi Ayam Sambal Sado ini menu terbaharu yang akan dijual di semua cawangan AEON menerusi konsep Cloud Kitchen.

"Di samping itu, orang ramai yang membeli dapat menderma kepada mereka yang memerlukan. Malah AEON juga membuka peluang pekerjaan kepada mereka di luar sana yang hilang kerja dengan menjadi penghantar makanan (rider)," katanya.

Alif bersama Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin pada hari pelancaran Nasi Ayam Sambado, baru-baru ini.

Alif Satar ditemui semasa sidang media dan pelancaran Sambado yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Turut menyertai sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin dan Ketua Bahagian Pemakanan AEON, Azidah Alimuddin.

Orang ramai yang membeli dapat menderma kepada mereka yang memerlukan dan AEON uga membuka peluang pekerjaan kepada mereka di luar sana yang hilang kerja.

ALIF SATAR

PENYANYI

Sementara itu, Shafie pula berkata pihaknya berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan Alif dan menyokong penuh penganjuran kempen membeli sambil menderma ini.

"AEON menyokong peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui konsep Cloud Kitchen dan pada masa yang sama orang ramai dapat beramal melalui pembelian 10 paket nasi, percuma 1 Nasi Ayam Sambado.

"Kami menyasarkan jualan harian 20,000 paket Nasi Ayam Sambado di rangkaian seluruh negara. Besar harapan kami dengan penyertaan Alif mampu merancakkan lagi jualan dan membantu mereka yang memerlukan dengan kempen tersebut," ujarnya.

Alif beri pek percuma kepada orang ramai semasa pelancaran pada 10 Februari lalu.

Menerusi Konsep Cloud Kitchen, AEON menyediakan ruang dapur, tenaga kerja dan kepakaran buat peniaga manakala produk yang dihasilkan nanti boleh dijual di aplikasi AEON MAKAN.

Nasi Ayam Sambado dijual di lebih 65 cawangan AEON seluruh negara, aplikasi khidmat penghantaran AEON MAKAN dan laman sesawangnya pada harga RM8.90 dan kempen itu bermula pada 10 Februari lalu.

Dalam pada itu, Shafie berkata AEON turut menawarkan pekerjaan sebagai penunggang atau rider sepenuh masa dengan motosikal percuma akan diberikan serta rider flexi yang menggunakan motosikal sendiri.

Malah AEON juga berhasrat untuk merekrut lebih 400 rider tambahan untuk perkhidmatan penghantaran.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain