suria

Ezzaty Abdullah menggigil ketakutan, ambil darah pun sakit, apa lagi buat ‘swab test’ - “Dua hari dua malam menangis!”

Ezzaty menangis memikirkan mengenai kesakitan bakal dilaluinya semasa proses pengambilan sample ujian calitan Covid-19.

PERTAMA kali menjalani ujian calitan atau swab test Covid-19, pelakon Ezzaty Abdullah berkata dia dihantui kebimbangan dan tidak senang duduk memikirkan mengenai perkara itu.

Gara-gara terlalu takut, Ezzaty, 30, mendedahkan dia menangis sepanjang malam kerana bimbang jika tidak mampu menahan kesakitan semasa proses pengambilan sample ujian itu.

"Ya Allah, tuhan saja tahu betapa gementarnya saya apabila tahu nak buat swab test.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah turun dapur semula, jual mi udang untuk tampung pendapatan terjejas - “Pengalaman lepas mengajar jadi lebih bersedia”

"Dua hari dua malam menangis sebab takut, pagi tadi pun nangis lagi.

"Saya memang jenis yang tak tahan sakit, malah ambil darah dekat jari pun boleh menangis sakit," katanya.

Ezzaty perlu melakukan swab test sebelum memulakan sesi penggambaran.

Menerusi Instagram, isteri kepada aktor Azwan Kombos ini memaklumkan dia perlu menjalani ujian saringan sebagai syarat sebelum memulakan penggambaran.

Dalam video yang dikongsi, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini dilihat menggigil ketakutan sambil menerima sokongan suami dan rakan artis yang berada di lokasi.

Alhamdulillah keputusan dah dapat dan negatif! Semoga kita semua dijauhi daripada wabak Covid-19.

EZZATY ABDULLAH

PELAKON

Sementara itu, Ezzaty berkata dia memberanikan diri melakukan ujian calitan itu atas rasa tanggungjawab membendung penularan Covid-19.

Malah, Ezzaty turut meluahkan rasa syukur apabila keputusan ujian mendapati dia bebas daripada jangkitan wabak tersebut.

Ezzaty dan suami, Azwan Kombos.

"Tapi sebagai rakyat yang ingin bekerja dan akan jumpa ramai orang, saya perlu bertanggungjawab untuk buat swab test ni sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan saya tidak menyebarkan wabak Covid kepada orang lain terutamanya keluarga dan rakan sekerja.

"Takut atau tak semua kena letak tepi dulu okay. Percaya saya, memang tak sakit pun. kalau saya jenis yang memang tak tahan sakit langsung ni pun cakap tak sakit, macam mana dengan korang?

"Alhamdulillah keputusan dah dapat dan negatif! Semoga kita semua dijauhi daripada wabak Covid-19," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain