TAMPIL dengan single terbaharu berjudul Jiwa Pusing, penyanyi rap yang juga ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju mendedahkan lagu yang ditulis pada 2019 itu berdasarkan perjalanan hidupnya sendiri. Menyedari pada ketika itu dia tidak mempunyai masa depan yang baik, Tuju akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada zon selesa dengan berhijrah dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Loca B tak mahu terlalu terbuka kongsi kisah peribadi - “Saya ibu tunggal sebelum berkahwin dengan Tuju” Biarpun terpaksa lalui jalan yang sukar, namun pemilik nama Muhammad Azree Shah Awang Zamri ini bersyukur mempunyai ahli K-Clique dan bapanya yang sentiasa memberi semangat. Loca B adalah ibu tunggal yang mempunyai seorang anak sebelum berkahwin dengan Tuju. "Lagu ini dicipta pada 2019 dan boleh dikatakan luahan hati saya sendiri di mana ketika itu saya melalui perjalanan yang sangat sukar. Ketika itu saya dalam keadaan jiwa pusing... melihat diri seakan tiada masa depan. "Saya terfikir apa akan jadi pada saya dalam lima tahun akan datang... melihat orang sekeliling dah mula sambung belajar, tapi saya masih tak tahu nak buat apa. Ketika itu juga, saya pernah bekerja sebagai pencuci kereta. "Demi nak keluar daripada zon selesa, saya berhijrah ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan keluarga. Waktu itu, saya tak ada duit satu sen pun... boleh katakan setiap malam saya menangis terkenangkan diri. "Alhamdulillah... saya ada K-Clique yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri dan bapa saya yang sentiasa memberi semangat. Saya sangat bersyukur dengan kehidupan kini... Insya-Allah saya mahu jadi lebih baik," katanya kepada mStar. Bagi saya, menjadi seorang bapa di usia yang muda ini memberikan satu pengalaman yang sangat indah. TUJU PENYANYI RAP Suami kepada penyanyi rap Loca B itu berkongsi perjalanan hidupnya ketika sesi sidang media lagu terbaharunya berjudul Jiwa Pusing secara maya pada Rabu. Berkongsi mengenai perubahan sikapnya yang sebelum ini dianggap seorang yang panas baran, Tuju mengakui ketika itu dia masih muda dan sukar untuk mengawal kemarahan. Bagaimanapun dia bersyukur kehidupannya berubah menjadi semakin matang dan gembira dengan kehadiran dua orang cahaya mata. "Biasa la di waktu usia muda... susah nak kawal kemarahan. Tapi saya bukanlah seorang yang terlalu panas baran. Alhamdulillah, sekarang ini semua orang boleh nampak diri saya semakin gembira. Tuju seronok menjadi bapa di usia yang muda. "Sejujurnya, anak-anak saya adalah salah satu penyebab perubahan dalam diri saya. Bagi saya, menjadi seorang bapa di usia yang muda ini memberikan satu pengalaman yang sangat indah. "Tiada perasaan kekok pun nak jaga anak-anak... malah mereka juga yang memberikan inspirasi dalam hidup saya. Terima kasih kepada Allah dan anak-anak kerana beri saya pengalaman ini," ujarnya. Hasil perkahwinan dengan Loca B, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Bintang Aiko yang baru berusia tiga bulan. Bagaimanapun Loca B adalah ibu tunggal sebelum berkahwin dengan Tuju dan mempunyai seorang anak bernama Yusuf Alezander. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!