suria

Terbaiklah Altimet! Sumbang van buat ambulans bantu golongan tak mampu - “Terima kasih penderma, semoga pahala anda laju mengalir sederas roda”

Altimet sudah menyerahkan van milik syarikatnya untuk diubahsuai menjadi ambulans.

BAGI membantu golongan tidak berkemampuan, penyanyi rap dan komposer terkenal Altimet terpanggil bekerjasama dengan Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia atau One Nation Centre menyediakan sebuah ambulans.

Menurut Altime, dia sudah menyerahkan van milik syarikatnya untuk diubah suai manakala pihak One Nation Centre akan menanggung kos pengubahsuaian dan peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulans dengan menggunakan wang sumbangan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Altimet bawa anak sertai misi kemanusiaan Syria, ajar hidup susah

"Jariah Ambulans One Nation X Altimet. Untuk membuat sebuah ambulans, belanjanya amat besar. Peralatan dan kos ubah suai van saja menelan belanja hampir enam angka.

Kami kekurangan sekitar RM35,000 sahaja lagi untuk jayakan misi murni ini.

ALTIMET

PENYANYI RAP

"Tidak termasuk harga van yang sudah tentu menelan belanja hampir RM200,000. Minggu lalu saya menyerahkan van syarikat saya untuk diubah suai oleh One Nation menjadi sebuah ambulans.

"Maka termeterailah kerjasama antara One Nation dan Altimet. Saya sediakan van, One Nation melalui derma orang ramai menanggung kos ubah suai dan membeli peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulans," kongsinya.

Penyanyi lagu Duit ini juga memuat naik video dia memandu van tersebut di Instagram miliknya dan mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji tindakan mulia Altimet serta One Nation Centre dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.



Altimet berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menderma dan menganggap sumbangan yang diberikan mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

Selain itu, Atimet juga memberitahu mereka masih memerlukan sumbangan orang ramai sekitar RM35,000 untuk menjayakan misi murni tersebut.

"Terima kasih semua penderma. Semoga pahala anda laju mengalir sederas roda ambulans. Sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa mereka.

"Apatah lagi apabila digunakan oleh golongaan mustadh'afinyang benar-benar memerlukan. Kami kekurangan sekitar RM35,000 sahaja lagi untuk jayakan misi murni ini. Ayuh derma," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan