suria

Yatt Hamzah mengandung lagi, bakal timang anak kelima Julai depan - “Alhamdulillah... kehamilan ke-6 pada usia 40 tahun”

Yatt hamil lima bulan selepas alami keguguran pada September tahun lalu.

SELEPAS mengalami keguguran cahaya mata kelima pada September tahun lalu, pelakon Yatt Hamzah mengesahkan dia kini sedang hamil lima bulan.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah berharap keadaan dirinya terus kuat biarpun kadangkala berasa lemah serta berdepan masalah sakit pinggang.

ARTIKEL BERKAITAN: Yatt Hamzah keguguran selepas muntah dan cirit-birit akibat keracunan makanan - “Ingat sakit perut biasa, rupa-rupanya...”

Bersyukur atas kurniaan Allah, Yatt memberitahu dia, suami dan anak-anak berasa teruja menantikan kehadiran ahli keluarga baharu yang dijangka lahir pada Julai depan.



Yatt berkongsi berita gembira di Instagram miliknya.

"Alhamdulillah kehamilan ke-6 pada usia 40 tahun. Alhamdulillah... Allah bagi sihat, kuat dan cergas walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang saja.

"Hello lil baby, Insya-Allah bonda, abah and all your sisters will see you in July ya, stay strong and healthy, Amin," kata Yatt.

Ruang komen di perkongsian foto Yatt itu dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan selebriti yang turut mendoakan agar segala urusan aktres itu dipermudahkan.

Menerusi laporan mStar pada 16 September tahun lalu, Yatt berkongsi berita sedih apabila mengalami keguguran selepas keracunan makanan.

Rasa-rasanya baby girl lagi atau baby boy kali ini?

YATT HAMZAH

PELAKON

Menurut Yatt, pada awalnya dia muntah-muntah dan cirit-birit selepas menikmati makan malam di sebuah restoran ikan bakar di Melaka, sehari sebelum kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, biarpun masih belum mengetahui jantina bayi yang dikandungnya itu, Yatt berkata, dia menerima dengan reda sama ada lelaki atau perempuan.

"Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil. Pada usia kandungan 20 minggu (lima bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan?



Yatt mempunyai empat cahaya mata perempuan.

"Rasa-rasanya baby girl lagi atau baby boy kali ini? Apa-apa pun Allah bagi bonda okay saja... Alhamdulillah, tak tahulah abahnya," tulis Yatt di laman Instagram miliknya.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3 serta Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.

Pelakon berusia 40 tahun ini juga mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain