suria

Rancangan promosi gagal gara-gara PKP, penyanyi nasyid Aniq Muhai kecewa single pertama tak dapat sambutan - “Saya buntu, banyak yang sudah dilaburkan”

Aniq bangki dengan single kedua berjudul Mahakarya.

PERLAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada Mac tahun lalu turut memberi kesan kepada penyanyi nasyid, Aniq Muhai yang kecewa lagunya berjudul Hingga Saat Akhir kurang mendapat sambutan.

Menurut Aniq, dia berasa serba salah kerana banyak kerugiaan yang dialami disebabkan perancangan untuk promosi lagu tersebut dibatalkan dan pihak produksi terpaksa tampil dengan idea baharu.

Bagaimanapun, penyanyi kacukan Melayu Cina ini bersyukur kerana menerima sokongan daripada rakan di syarikat rakaman Tarbiah Sentap Records sehingga berjaya mengeluarkan single kedua berjudul Mahakarya.

"Lagu Hingga Saat Akhir keluar dua hari sebelum pengumuman PKP pertama. Akibatnya banyak yang dirancang untuk single itu terpaksa dibatalkan dan produksi terpaksa membuat perancangan baru.



Aniq kecewa lagu pertamnya tak dapat sambutan.

"Situasi ini sedikit sebanyak memberi impak terhadap sambutan lagu tersebut dan diri saya sendiri pada ketika itu. Sejujurnya saya serba salah. Banyak yang telah dilaburkan. Saya buntu.

"Masa tu dalam kepala asyik fikir betapa saya telah kecewakan kru dan sahabat di Tarbiah Sentap Records. Alhamdulillah, saya bersyukur dikurniakan sahabat seperti Ustaz Adnin dan Akmal yang tidak jemu beri bantuan serta kata-kata semangat.

"Maka lahirlah single solo kedua saya berjudul Mahakarya, sebuah lagu yang membawakan mesej kebangkitan dari kejatuhan yang lalu," kata Aniq kepada mStar.



Aniq syukur terima banyak kata-kata semangat.

Bagaimanapun, Aniq yang meraih kemenangan kategori Artis Nasyid Baharu Pilihan di Anugerah Nasyid Malaysia tahun lalu merasakan setiap cabaran yang dilalui memiliki hikmahnya yang tersendiri.

"Semua yang berlaku ada hikmahnya. Bunyi macam cliche tapi itulah hakikat yang saya rasai hari ini.

"Memiliki sahabat yang baik, peminat Muhaiminians dan fans Tarbiah Sentap yang sentiasa supportive itu semua suatu rahmat yang tidak akan saya lupakan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain