suria

Acara langsung dengan penonton dan penggambaran luar studio dibenarkan dengan SOP ketat bermula Rabu

Penggambaran luar studio sudah dibenarkan mulai Rabu.

ACARA langsung dengan kehadiran penonton bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan berkuat kuasa pada Rabu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) permohonan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) mengenai beberapa lagi kelonggaran dalam industri kreatif.

Ini termasuk penggambaran di luar studio dan pelbagai acara langsung merangkumi program seni tari, persembahan kebudayaan dan warisan.

"Mesyuarat mendengar permohonan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berhubungan dengan beberapa lagi aktiviti Industri kreatif termasuk kebenaran mengadakan acara langsung dengan kehadiran penonton dan penggambaran luar studio.

"Atas penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) mesyuarat bersetuju membenarkan kelonggaran itu dengan kehadiran penonton seramai 50 peratus kapasiti ruang acara dengan pematuhan aspek penjarakan fizikal dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Manakala di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kehadiran mengikut keluasan premis dengan penjarakan sosial," ujarnya.

Tambahnya, mesyuarat turut bersetuju membenarkan penggambaran di luar studio di kawasan PKPB dan PKPP tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Ismail Sabri berkata, penggiat seni industri kreatif juga disarankan merujuk kepada laman sesawang MKN yang merujuk perincian SOP yang dikenakan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain