suria

Ibu Ella meninggal dunia akibat sakit tua

Ella kehilangan ibu tercinta.

IBU kepada ratu rock negara Ella Aminuddin, Yang Asmah Long, 92, menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediamannya di Teluk Gadong, Klang pada awal pagi Khamis.

Berita dukacita itu dikongsikan menerusi laman Instagram Ella yang turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Ella dan suami semakin bahagia dengan kehadiran anak angkat - “Rutin harian saya berubah 360 darjah”

"Salam dan sejahtera, buat makluman bonda kepada Ella, Yang Asmah Long telah pulang menemui penciptaNya sekitar pukul 2.30 pagi tadi.

"Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berikan kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang solehah," katanya.

Posting di Instagram Ella mengenai pemergian ibu tercinta.

Jenazah Allahyarhman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada pagi Khamis.

Rakan-rakan artis turut menitipkan ucapan takziah buat Ella dan keluarga di atas pemergian ibu tercinta.

"Innalillahiwainnailahirojiun, salam takziah kak Ella dan keluarga. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah," kata pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin.

"Innalillahiwainnailahirojiun, salam takziah buat akak sekeluarga. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh," tulis Alif Satar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain