suria

Risteena menangis buat ‘swab test’, mujur ada Isa Khan tenangkan keadaan - “I bukan mengada-ngada... memang takut!”

Risteena lakukan ujian calitan sebelum melangsungkan pernikahan pada Jumaat.

PERKONGSIAN video bakal pengantin iaitu pelakon Nur Risteena melakukan ujian calitan Covid-19 menarik perhatian netizen di laman Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas tidak dapat menahan air mata kerana terlalu takut untuk melakukan ujian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Risteena dan Isa Khan nikah Jumaat depan, cipta lagu istimewa untuk bakal isteri - “Mohon doakan urusan ijab kabul kami dipermudahkan”

Risteena yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan aktor Isa Khan pada Jumaat melahirkan rasa syukur apabila hasil keputusannya negatif.

Video Risteena tarik perhatian netizen.

"Hei, I bukan mengada-ngada lah. Memang takut pun. Alhamdulillah selesai dengan swab test dan keputusan negatif. Sebenarnya, tak ada la sakit sangat, tapi sebab terlalu takut, jadi fikiran dah tetapkan sakit.

"Bila dapat tahu, untuk akad nikah ini kena buat swab test dulu, terus terketar-ketar. Tapi tak dapat lari. Nak kahwin kan. I did it," tulis Risteena.

Video yang berdurasi tidak sampai satu minit itu juga kedengaran suara Isa yang berada di sisi sedang memujuknya.

Sebenarnya, tak ada la sakit sangat, tapi sebab terlalu takut.

RISTEENA

PELAKON

"Dongak sayang... relax bahu sayang. Tutup mata dan relaks... Bismillahirrahmanirrahim. Very quite, few seconds saja," pujuk Isa.

Rata-rata netizen turut memahami perasaan kakak kepada pelakon Ruhainies itu yang takut untuk melakukan ujian calitan atau swab test.

Risteena bakal melangsungkan pernikahan dengan Isa Khan pada pagi, Jumaat manakala majlis resepsi pasangan itu akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama, di sebuah dewan, Kuala Lumpur.

Risteena dan Isa bakal disatukan sebagai suami isteri.

Sebelum ini, Risteena dan Isa memberitahu mereka terpaksa menunda pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 20 November tahun lalu berikutan pandemik Covid-19.

Pasangan itu mengumumkan berita pertunangan mereka di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak, Putrajaya pada 6 Disember 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain