suria

[VIDEO] Pentas GV7 satukan Ashira, Bad Indigo... akhirnya bergelar suami isteri

BEKAS peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira Aziz dan Bad daripada kumpulan Indigo selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada Khamis.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Ashira iaitu Syed Abdul Aziz Syed Alwi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 2.45 petang.

Dalam majlis itu, Ashira atau nama sebenar Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz menerima mas kahwin sebentuk cincin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh cinta pandang pertama di GV7, Bad Indigo, Ashira nikah Mac ini - “Sikap kelakar dan penyayang buat saya terpaut hati”

Manakala, jumlah wang hantaran tidak dimaklumkan.

Majlis tersebut berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Ashira, Syed Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Bad atau nama sebenar Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46, meluahkan rasa syukur kerana upacara pernikahan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Lebih bermakna apabila majlis mereka itu mendapat kerjasama dan bantuan daripada produksi GV7.

Syukur anak-anak kami terbuka dan menerima antara satu sama lain. Anak-anak pun dah panggil Ashira mak!

BAD INDIGO

PENYANYI

"Alhamdulillah semuanya dah selamat, berjalan lancar... majlis hanya dihadiri oleh keluarga dan banyak diaturkan oleh team GV7.

"Syukur anak-anak kami terbuka dan menerima antara satu sama lain. Anak-anak pun dah panggil Ashira mak," katanya kepada mStar.

Ashira bersama bapanya, Syed Abdul Aziz.

Menerusi laporan mStar pada 30 Januari lalu, Bad mengakui terbuka hati untuk berkahwin dengan Ashira selepas kedua-duanya terlibat dalam program GV7 selepas lebih 10 tahun menduda.

Kata Bad, dia jatuh hati ketika pertama kali bertentang mata dengan penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Resah itu sekitar Oktober tahun lalu.

Bad bergelar bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 12, dan Rania, 11.

Manakala Ashira pula berstatus ibu tunggal pada 2015 dan memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 15.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain