suria

Tak tidur malam fikir nama anak kedua... Awal Ashaari, Scha Alyahya sepakat pilih Lyla Amina

Awal Ashaari umum nama anak kedua.

GENAP sebulan kelahiran anak kedua, pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya akhirnya mengumumkan nama bayi perempuan mereka itu.

Menerusi rancangan Schawal Baby Boom yang bersiaran di Astro Ria pada malam Khamis, mereka sepakat menamakan adik kepada Lara Alana ini dengan nama Lyla Amina.

Dalam program tersebut, Awal mengakui tidak tidur malam memikirkan nama untuk anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lara Alana dah jadi kakak! Scha Alyahya dan Awal Ashaari timang anak perempuan kedua - “Welcome to the world Baby L”

Menurut Awal, mereka sudah menyenaraikan dua nama, bagaimanapun sehingga ke saat akhir dia masih keliru untuk memilih nama terbaik buat bayi itu.

Kami putuskan nama Lyla Amina yang membawa maksud cukup indah!

AWAL ASHAARI

PELAKON

"LA atau LY, dua huruf ni yang buat saya tak boleh tidur malam. Temujanji dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah buat waktu itu tapi nama pula tak putuskan lagi.

"Asalnya Lara inginkan nama Lela yang dia sudah pilih lama semasa adik masih dalam perut lagi. Sementara, saya dan isteri pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah, diambil bersempena nama ibu Nabi Muhammad SAW.



Scha melahirkan bayi perempuan kedua pada 12 Februari lalu.

"Selepas perbincangan, kami putuskan nama Lyla Amina yang membawa maksud setia, jujur, dipercayai dan beriman, ” katanya.

Scha selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.2 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain