BERMULA dengan niat sekadar mencuba, usahawan yang juga pelakon Datin Ira Ghani teruja apabila menerima pelbagai tawaran membintangi drama sejak beberapa tahun lalu. Ira berkata dia tidak menyangka memiliki bakat terpendam sehingga berjaya memikat hati ramai penerbit dan pengarah tempatan. "Saya bermula sebagai pengacara program Feminin (TV1) pada 2014 dan tak sangka selepas itu saya menerima tawaran berlakon pula. ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Aura Seri Rugi RM500,000 Disamun Pembantu Rumah Sendiri "Drama pertama saya Menantu Tingtong ingatkan sekadar nak cuba-cuba sahaja tapi semakin banyak tawaran datang. Saya terima sahaja jika tawaran itu bersesuaian dengan saya "Memang tak pernah terfikir nak jadi pelakon kerana saya tak pernah belajar mengenai ilmu lakonan tapi ramai pula penerbit beri peluang dan kepercayaan... terbaharu drama Gerak Khas!" katanya kepada mStar. Ira mahu lakonkan watak berbeza daripada realiti kehidupannya. Ira ditemui semasa sesi minum petang Aura Seri by DIG bersempena ulang tahun ke-20 jenama tersebut, baru-baru ini. Ditanya mengenai watak lain yang ingin dilakonkan, Ira berkata dia bersedia mencuba apa sahaja watak, namun biarlah di luar realiti kehidupan sebenarnya. "Sekiranya ada tawaran saya tak tolak jika ia bersesuaian dengan jadual, tapi setakat ini saya tek pernah pilih watak. Saya sebenarnya teringin watak aksi sebab benda tu boleh memberikan kepuasan kepada saya untuk mencuba sesuatu yang baru DATIN IRA GHANI PELAKON "Suami izinkan saya ambil apa sahaja watak dan saya pula seorang yang suka cabar diri. Watak Datin? Oh tidak saya tak berapa gemar sebab realiti dah begini. Apabila berlakon saya dapat keluar daripada watak kebiasaan. "Saya sebenarnya teringin watak aksi sebab benda tu boleh memberikan kepuasan kepada saya untuk mencuba sesuatu yang baru... asyik dapat watak sopan saja," ujarnya. Sedang merangka beberapa perancangan membabitkan jenama produknya dengan dunia hiburan, Ira turut meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir selebriti seakan-akan kurang senang dengan penglibatannya dalam industri ini. Ira mahu fokus perniagaan dan lakonan tahun ini. "Saya pernah kongsikan hasrat untuk lakukan kemunculan semula kepada beberapa rakan artis... tak sangka, ramai artis yang sokong antaranya Datuk Rosyam Nor, Datuk Ramli MS, Datuk Awie, Zizan Razak, Liza Abdullah dan ramai lagi. "Saya terharu apabila ada rakan artis lain yang mesej tanya mengenai perkara tersebut. Saya akui jenama Aura Seri suatu ketika dulu memang menyokong industri, malahan sehingga kini hubungan itu berjalan dengan sangat baik. "Setiap majlis pasti akan diselitkan dengan kehadiran selebriti tetapi dalam masa sama ada juga yang seakan-akan beri respon yang kurang baik. Tidak menyokong tu maksud saya mungkin bila kita tengah meletup-letup, semua orang datang macam semut, menghurung. Itu saya anggap perkara biasa!" katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!