suria

[VIDEO] Nabila Razali ‘terkucil’ di AJL35, rakan artis tetap sokong - “Saya dapat rasakan dia gementar”

NASIB sekali lagi tidak berpihak kepada penyanyi Nabila Razali apabila persembahannya menerusi lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) mengundang kritikan netizen.

Ia berikutan berlaku sedikit insiden 'terkucil' di bahagian korus ketika Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, mendendangkan lagu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya... saya akan nyanyi” - Nabila Razali tolak tawaran berlakon untuk persiapan AJL35

Biarpun menerima pelbagai kritikan dan kecaman namun beberapa selebriti tempatan antaranya pengarah Michael Ang, pelakon Syafiq Kyle dan Ika Nabella tampil bersolidariti memberi kata-kata semangat kepada Nabila.



Antara twit sokongan terhadap Nabila.

"Ok bukan aku kawan Nabila! Tepuk la sikit, tak la perfect dia nyanyi. Ada tergelincir banyak tu tadi tapi sekurang-kurangnya dia tetap berani nyanyi.

"Basically cakap dengan yang kritik kat luar tu pergi maxxxx la apa kau orang nak cakap, at least I try! And aku dah kaya dengan lagu ni," tulis Michael.

"Bukan senang nak nyanyi atas pentas #AJL35 ni. Kita bukan kat situ kan but overall, you did well Bella! Sing along juga tadi hehe #peluangkedua," komen Syafiq.

"Dengar pun tahu dia gementar gila. Respect your braveness! Bukan mudah sebenarnya nak buat persembahan apabila anda berada dalam keadaan tertekan. Lagi-lagi orang tunggu saja anda buat salah," kata Ika.

Ok bukan aku kawan Nabila! Tepuk la sikit tak la perfect la dia nyanyi.

MICHAEL ANG

PENGARAH

Selain itu, rata-rata netizen dan pelakon terkenal Mira Filzah serta Neelofa juga memberi sokongan serta kata positif kepada Nabila.

"Ya Allah... kesian Nabila. Semua orang sepatutnya belajar menghormati apa yang orang lain lakukan.

"Saya dapat rasakan dia gementar dan nak lakukan yang terbaik. Tak apa Nabila Razali. Ini kali pertama buat anda tapi saya dapat rasakan lagu Peluang Kedua. Penyampaian sampai. Saya yakin awak boleh lakukan yang terbaik selepas ini.

"Tak apa sis! Anda sudah melakukan yang terbaik pada malam ini. Kami sayang anda," tulis beberapa netizen yang memberi kata-kata semangat kepada Nabila.

Nabila pertama kali membuat persembahan di pentas AJL.

Dalam pada itu, tajuk lagu ciptaan penyanyi dan komposer Hael Husaini dan MFMF serta nama Nabila sendiri turut menjadi trending di Twitter.

Nabila antara 12 finalis berentap di pentas AJL35 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam tanpa penonton.

Setiap persembahan finalis AJL35 malam ini dinilai oleh sepuluh juri profesional tanah air yang diketuai oleh Datuk Mokhzani.

Juri-juri lain yang turut menyokong tugas beliau adalah Azmeer, Ajai, Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Datuk Acis dan Lukhman S.

Malam kemuncak AJL35 dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain