suria

Pengarah ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ terima ugutan bunuh, penonton mahu episod akhir ikut selera mereka - “Jangan taasub… kita buat drama sekadar hiburan”

Penonton mahu pengarah Shuhaimi Lua (dua dari kiri) satukan watak lakonan Nadia Brian dan Atiq Azman.

GARA-GARA kurang bersetuju dengan perjalanan watak dalam drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, pengarah Shuhaimi Lua menerima mesej ugutan bunuh daripada seorang netizen di laman sosial.

Menurut Shuhaimi, penonton berkenaan mendesaknya menyatukan watak Raihani lakonan Nadia Brian dan Pian (Atiq Azman) dalam episod akhir yang akan ditayangkan pada malam Isnin.

"Saya terima mesej yang sama berulang kali di media sosial... individu itu marah sebab dia mahu episod akhir malam ini Pian berbaik dengan Rai. Sejujurnya saya terkejut membaca mesej yang sama dihantar individu itu!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ terkilan babak cucuk susuk dalam kemaluan ditapis - “Tiada lagi seram, dah jadi drama air mata”

"Adik-adik yang nak tulis komen atau tweet berhati-hatilah jangan sampai datangkan bahaya pada diri anda. Walaupun mereka guna akaun palsu, tapi mesej ugutan itu perkara serius.

"Pesanan saya fikirlah dahulu sebelum nak menulis sesuatu, mungkin niat dia nak bergurau tapi ayat bunuh itu berbahaya kerana boleh diambil tindakan," katanya kepada mStar.



Penonton tak puas hati dengan perjalanan cerita drama ini.

Sementara itu, pemilik produksi Tanah Beris Film Production ini berkata dia masih belum terfikir untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

"Buat masa ini belum ada keperluan untuk ambil tindakan kerana bagi saya mesej ugutan itu normal... cuma saya curiga dan sedikit bimbang bila ada ugutan nak bunuh.

Kita buat drama ini sekadar untuk hiburan, saya harap mereka hayati sebagai hiburan semata-mata!

SHUHAIMI LUA

PENGARAH

"Selagi tiada sebarang ancaman fizikal, saya rasa tak perlulah nak ambil tindakan. Tapi andai kata saya diekori atau individu itu berterusan mengganggu kerana tak berpuas hati dengan penamat cerita malam ini, saya terpaksa ambil tindakan lanjut.

"Cuma pesanan saya kepada penonton... peminat artis atau drama, janganlah terlalu taasub. Kita buat drama ini sekadar untuk hiburan, saya harap mereka hayati sebagai hiburan semata-mata," ujarnya.



Shuhaimi bersama pelakon utama Nadia Brian dan Adi Putra.

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri bersiaran di slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam dan episod akhir akan bersiaran pada malam Isnin.

Ia dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Lana Nodin dan Atiq Azman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain