suria

“Bertanding di AJL35 adalah keputusan saya sendiri... saya nikmati setiap saat tanpa menyesal” - Nabila Razali minta tidak salahkan pengurusannya

Nabila Razali tidak menyesal bertanding di AJL35.

SELEPAS kritikan demi kritikan yang diterima gara-gara ‘terkucil’ di pentas AJL35, penyanyi Nabila Razali akhirnya 'bersuara' meminta orang ramai tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kesilapan yang dilakukan pada Ahad lalu.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, berkata, keputusan untuk bertanding di pentas besar itu adalah pilihannya sendiri tanpa paksaan daripada pihak pengurusannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya Syafinaz Selamat guru vokal Nabila Razali, ‘show’ AJL35 bukan yang terbaik - “Jauh lagi perjalanannya sebelum boleh berlari”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia berlari ke medan perang dengan pedang yang tumpul” - Alyah anggap pihak benarkan Nabila Razali bertanding tidak peka

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali ‘terkucil’ di AJL35, rakan artis tetap sokong - “Saya dapat rasakan dia gementar”

Penyanyi yang menyampaikan lagu Peluang Kedua itu juga mengakui tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat itu dan menganggap ia sebagai proses pembelajaran.

“Ia adalah keputusan saya untuk berada di pentas itu dan saya menikmati setiap saat yang berlalu tanpa menyesal.

“Tolong jangan salahkan pengurusan saya kerana mereka bekerja keras untuk capai impian saya (menyanyi di pentas itu)” ujarnya.

Ia adalah keputusan saya untuk berada di pentas itu dan saya menikmati setiap saat yang berlalu tanpa menyesal

NABILA RAZALI

PENYANYI

Nabila berterima kasih kepada semua yang memberi kata-kata semangat.

Sementara itu, Nabila turut berterima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat yang diterima daripada pelbagai pihak.

"Terima kasih terhadap sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan. But I think, this is it" tulisnya di Instagram.

Pada Ahad lalu, nasib tidak menyebelahi Nabila apabila persembahannya menerusi lagu Peluang Kedua di pentas AJL35 dikritik netizen apabila berlaku sedikit insiden ‘terkucil’ di bahagian korus ketika mendendangkan lagu tersebut.

Menerusi laporan mStar Ahad lalu, Nabila meminta maaf apabila melakukan kesilapan sekali lagi ketika menyanyikan lagu tersebut secara langsung.

"Saya minta maaf... saya sudah cuba yang terbaik mungkin saya sudah mengecewakan beberapa pihak di luar sana," ujarnya.

AJL35 menobatkan lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai juara, tempat kedua Semalam (Aina Abdul) dan ketiga, Belenggu Rindu (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain