KAKAK kepada pengacara Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor menjadikan kegagalan perkahwinan sebelum ini sebagai panduan dalam melayari alam rumah tangga dengan usahawan Engku Emran. Menurut Noor Nabila, 36, dia dan Engku Emran semakin matang dalam perhubungan dan akan terus berusaha melakukan yang terbaik dalam perkahwinan mereka itu. "Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini, jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berkat pagi Jumaat... Noor Nabila sah jadi isteri Engku Emran "InsyaAllah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain. "Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu... waktu itu kami hanya berkawan, sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal," katanya. Noor Nabila dan Engku Emran bernikah pada pagi Jumaat. Pada pagi Jumaat, Nabila selamat bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan sekali lafaz. Pasangan ini dinikahkan oleh adik Nabila iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandung mereka kira-kira pukul 10 pagi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Sementara itu, Nabila berkata majlis pernikahan mereka itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat. Memang kami tak bertunang seperti yang disangka! NOOR NABILA KAKAK NEELOFA Malah, dia menafikan dakwaan kononnya mereka sudah mengikat tali pertunangan baru-baru ini. "Alhamdulillah semuanya berjalan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). "Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja. Kita buat yang wajib saja selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini. Memang kami tak bertunang seperti yang disangka, ” ujarnya. Neelofa (tengah) mendoakan kebahagiaan kakaknya itu. Sebelum ini mereka mencetuskan tanda tanya apabila timbul gosip kononnya menjalinkan hubungan cinta dan masing-masing turut berkongsi gambar aktiviti berbasikal bersama teman lain melalui paparan foto dalam laman sosial. Lebih disensasikan apabila foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila. Untuk rekod, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Pasangan pengantin bergambar kenangan bersama ibu Nabila iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed (kiri) dan suaminya Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan (kanan). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun. Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 12 tahun. Pada 8 September 2017 dia sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Laudya kemudian bercerai sekitar bulan Jun 2020. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!