suria

Tahniah! Dalam diam-diam Farawahida kahwin lagi… minta doakan yang baik-baik

Farawahida dikhabarkan berkahwin kali kedua pada Jumaat.

PENYANYI Farawahida selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka pilihan hatinya dikenali Zulkifli pada Jumaat.

Menerusi Instagram, Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 36, berkongsi foto selepas majlis pernikahan mereka yang diadakan di sebuah masjid di Taiping, Perak.

"Ahmadulillah hari ini saya sah bergelar isteri Zulkifli dengan sekali lafaz. Mohon kawan-kawan yang saya kasihi doakan kebahagiaan ini sampai ke Jannah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Masih Bahagia” - Farawahida

Sebelum itu, Farawahida memuat naik mengenai majlis pertunangannya di Instagram menjawab teka-teki rumah tangga yang dibina sebelum ini sudah berakhir.

Farawahida menggayakan pakaian sedondon berwarna coklat cair bersama seorang lelaki duduk di atas pelamin dengan kapsyen 'tunang'.

Farawahida kongsi gambar selepas majlis pernikahannya yang diadakan pada Jumaat.

Namun, penyanyi yang popular menerusi lagu Tanpamu ini merahsiakan identiti lelaki berkenaan apabila menutup wajah calon suaminya dengan jambangan bunga tangan.

Dia juga tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai hari bahagianya itu.

Farawahida mohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dia dan bakal suami.

mStar cuba mendapatkan pengesahan mengenai berita ini, namun panggilan yang dibuat tidak berjawab.

Bagaimanapun sumber memaklumkan pasangan ini dikatakan akan melangsungkan majlis pernikahan di kediaman keluarga Farawahida di Taiping, Perak, pada hari ini (Jumaat).

Farawahida mendirikan rumah tangga dengan Abdul Shukor pada Disember 2013.

Sebelum ini, Farawahida mendirikan rumah tangga dengan Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013.

Bagaimanapun sejak tahun 2017 terdapat khabar angin yang mendakwa dia telah bercerai selepas dilihat tidak lagi memuat naik sebarang gambar dengan Abdul Shukor.

Menafikan dakwaan itu, Farawahida berkata dia lebih selesa berkongsi gambar bersendirian di media sosial kerana suaminya adalah seorang yang pemalu.

Perkahwinan mereka itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain