suria

[VIDEO] Berkat pagi Jumaat... Noor Nabila sah jadi isteri Engku Emran

KAKAK kepada pengacara Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor selamat bergelar isteri kepada usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Noor Nabila, 36, iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandung mereka kira-kira pukul 10 pagi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.



Pasangan ini bergambar bersama anak-anak mereka Engku Aleesya dan Jebat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Semoga dia bahagia” - Sharnaaz Ahmad titip doa untuk bekas isteri, khabar angin Noor Nabila dan Engku Emran nikah esok

Rakaman video upacara pernikahan itu dikongsikan oleh Neelofa menerusi Instastory.

Turut kelihatan dalam video tersebut ialah keluarga kedua-dua pasangan pengantin.



Pasangan ini memilih keberkatan hari Jumaat untuk melangsungkan pernikahan.

Engku Emran turut menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin.

Pada Khamis, desas-desus mengenai Nabila dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Bagaimanapun, Nabila memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai kesahihan khabar angin tersebut.



Pasangan pengantin bergambar kenangan bersama ibu Nabila iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed (kiri) dan suaminya Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan (kanan).

"Maaf, saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Jadi, tiada sebarang komen daripada saya

"Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis. Saya harap semua memahami, terima kasih," katanya.

Sejak awal bulan ini, gosip Nabila dan Engku Emran yang juga bekas suami pelakon popular Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella hangat diperkatakan di media sosial, malah turut mendapat liputan meluas media di Indonesia.

Majlis akad nikah berlangsung pagi Jumaat.

Untuk rekod, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014.



Nabila menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 12 tahun.

Pada 8 September 2017 dia sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Laudya kemudian bercerai sekitar bulan Jun 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain