LUAHAN pendapat pelakon Izara Aishah mengenai stesen televisyen lebih memilih instafamous atau personaliti media sosial membintangi drama terbitan mereka kerana bayaran yang lebih murah turut mendapat perhatian aktres Mawar Rashid. Menurut Mawar terdapat beberapa faktor pihak produksi memilih instafamous sebagai pelakon dan salah satunya kerana ingin menaikkan jumlah tontonan memandangkan mereka mempunyai ramai peminat. Dalam hal ini Mawar, 25, berkata pihak stesen TV lebih mengetahui apa yang terbaik dan produksi juga sudah bijak memilih pelakon yang benar-benar layak untuk tampil dalam naskah mereka. ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai follower tak semestinya membantu, pengikut mereka tak tengok pun!” - Izara Aishah harap 'instafamous' jalani uji bakat sebelum layak bergelar pelakon "Rasanya sebab macam itu cara untuk naikkan penonton sebab instafamous ini ramai peminat. "Sekarang banyak production buat uji bakat dahulu untuk instafamous sebelum terima berlakon. Mawar Rashid kongsi pandangannya di ruangan komen Instagram mStar Online. "Takkan la stesen televisyen main ambil orang yang betul-betul kayu," kata Mawar yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Filem Popular ABPBH ke-33, tahun lalu. Mawar menulis pandangannya itu di ruangan komen Instagram mStar Online Official menerusi artikel bertajuk Izara Aishah bingung ramai instafamous dah jadi pelakon. Harap yang dapat tawaran tu buat yang terbaik, yang dapat tu mesti ada bakat cuma kena asah! MAWAR RASHID PELAKON Sebelum itu, Izara menerusi Twitter mempersoalkan tindakan stesen TV yang lebih memilih Instafamous atau influencer untuk tawaran berlakon disebabkan bayaran yang murah. Pelakon Ombak Rindu ini juga berpendapat jumlah tontonan sesebuah drama atau filem bukan bergantung kepada pelakon yang mempunyai ramai pengikut atau follower di laman sosial. Bakat Mawar mula dicungkil menerusi program Dewi Remaja 2014/2015. Dalam pada itu, Mawar berkata setiap pilihan yang dibuat oleh stesen TV atau pihak produksi adalah yang terbaik. Justeru itu, bakat baharu yang ditawarkan berlakon harusnya menggunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya. "Jadi kita percayalah dengan pilihan production atau stesen TV ini, mereka tahu yang terbaik untuk perniagaan mereka. "Harap yang dapat tawaran tu buat yang terbaik, yang dapat tu mesti ada bakat cuma kena asah. All the best everyone," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!