suria

Elizabeth Tan mohon maaf terpaksa rahsia perkahwinan - “Saya masih Lizzy yang sama, harap semua hormat keputusan ini”

Elizabeth Tan berkata dia masih orang sama meskipun kini sudah bergelar isteri.

SELEPAS tular rakaman video dan foto majlis perkahwinannya pada pagi Ahad, akhirnya penyanyi Elizabeth Tan tampil menjelaskan mengenai isu ini.

Mengakui sudah bergelar isteri orang, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 28, berkata pada awalnya dia dan suami dikenali sebagai Siew Jim ingin merahsiakan mengenai perkahwinannya itu.

Bagaimanapun berita itu tersebar dan dikongsi oleh kenalan termasuklah bapa sendiri, David Tan Suan Chew melalui media sosial tanpa pengetahuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Elizabeth Tan dah kahwin senyap-senyap, bapa bocor rahsia ‘upload’ gambar pengantin

"Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.



Elizabeth mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup pada Sabtu.

"Majlis diadakan semalam secara tertutup sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

"Saya merancang nak umum pada semua bila dah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan ini kerana pada saya adalah isu kecil sahaja," katanya.

Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi... saya ingin memohon maaf sekali lagi!

ELIZABETH TAN

PENYANYI

Sebelum itu, tersebar foto dan video memperlihatkan penyanyi lagu Semua Sudah itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Meskipun tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis perkahwinan yang berlangsung, namun tindakan Elizabeth memegang tangan dan mencium lelaki berkenaan menguatkan spekulasi pasangan itu kini sudah bergelar suami isteri.



Elizabeth memilih suami yang sentiasa menyokong karier seninya.

Dalam pada itu, Elizabeth memohon maaf kepada peminat dan pihak media kerana merahsiakan perkahwinannya itu.

"Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi... saya ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan media.

"Pada saya memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa. Saya masih Lizzy yang sama dan berharap semua dapat terima dan hormat keputusan ini," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain