suria

“Ya Allah, bukan saya yang komen” - Ashira Aziz terkejut disangka individu tegur Siti Nurhaliza muat naik foto bihun goreng di IG

Gara-gara komen teguran seorang netizen di Instagram milik Siti Nurhaliza, nama Ashira jadi sebutan.

TINDAKAN penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik gambar makanan di laman Instagram miliknya menerima komen kritikan seorang netizen.

Individu tersebut meminta Siti tidak berkongsi gambar sedemikian kerana ia boleh mencemarkan Instagram penyanyi itu yang memiliki lebih lapan juta pengikut.

Tampil menjawab komen pengikut berkenaan, Siti berkata tindakannya memuat naik gambar tersebut adalah kerana mahu membantu pihak penaja yang sudi bekerjasama dengannya dalam satu majlis yang dianjurkan, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf dik ini bukan majlis... hanya set up untuk saya ambil gambar!” - Siti Nurhaliza jelaskan foto ‘surprise’ sempena ulang tahun kelahiran

"Segi Seri adalah pihak yang bekerjasama dengan saya untuk majlis kami. Peranan saya bukan menyanyi sahaja tetapi saya adalah komuniti masyarakat yang mahu membantu orang lain juga.

"Win-win... setiap orang ada cara masing-masing," jawab Siti pada ruangan komen tersebut.



Seorang pengikut menegur Siti Nurhaliza kerana memuat naik gambar tidak berkualiti di Instagram.

Sebelum itu, individu berkenaan meninggalkan komen meminta Siti lebih selektif memilih content atau perkongsian di laman sosial.

Ini selepas Siti memuat naik beberapa keping foto makanan tajaan semasa majlis 2 Legasi dan sambutan ulangtahun kelahiran anaknya iaitu Siti Aafiyah, baru-baru ini.

Tiba-tiba hari ini orang sebut-sebut, mesej peribadi saya beritahu saya. Allah apa salah saya?

ASHIRA AZIZ

PENYANYI

"Tokti sepatutnya gambar-gambar bihun macam ni di Instastory sahaja, tak perlu di feed (laman utama) kerana boleh menjejaskan Instagram Tokti," tulis pemilik akaun Ashira Aziz itu.

Gara-gara nama yang digunakan individu tersebut sama dengan penyanyi Ashira, tidak semena-mena bekas finalis Gegar Vaganza musim ketujuh itu pula menerima tempias.



Ashira terkejut apabila namanya disebut peminat Siti Nurhaliza.

Menerusi Twitter, Ashira berkata ada peminat Siti Nurhaliza menyangka dia adalah individu yang meninggalkan komen tersebut.

"Salam semua, gara-gara nama ini komen dekat post Tokti saya yang kena.

"Bukan saya Ya Allah, saya tak tahu apa-apa cerita semalam satu hari saya sibuk rakaman Gegar Vaganza raya.

"Tiba-tiba hari ini orang sebut-sebut, mesej peribadi saya beritahu saya. Allah apa salah saya?" tulisnya pada Ahad.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain