PELAKON Intan Najuwa menegaskan hubungan dia dan bekas tunangnya iaitu Razrul Anwar Rusli sudah lama berakhir namun punca perpisahan mereka bukan disebabkan orang ketiga seperti yang didakwa segelintir pihak. Menurut Intan, 24, dia berharap tiada lagi mana-mana pihak yang cuba mengaitkan isu melibatkan dirinya dengan pelakon lelaki seperti Zul Ariffin yang terpalit kononnya menjadi punca perpisahan mereka. “Saya dan bekas tunang sudah lama putus... hubungan kami berakhir pun bukan disebabkan Zul atau mana-mana orang ketiga. Zul tiada kena mengena langsung. Saya tak nak libatkan nama orang lain dalam isu saya. ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin tak tahu Intan Najuwa putus tunang, tiada sebab jadi orang ketiga - “Saya tak kisah pun ini bukan pertama kali dikaitkan” “Saya harap selepas ini, tiada lagi mana-mana pihak yang cuba kaitkan nama orang lain. Saya tak kisah dikecam tapi jangan kaitkan orang lain dengan isu saya," kata Intan kepada mStar. Intan harap netizen tidak kaitkan lagi dengan Zul Ariffin. Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid ini diminta mengulas mengenai dakwaan netizen yang mengatakan dia berpisah dengan ahli perniagaan itu disebabkan Zul Ariffin. Menerusi laporan mStar pada Isnin, Zul turut menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu dia tidak mengetahui mengenai status hubungan pasangan tersebut. Intan terima soalan daripada netizen menerusi ‘Ask Me Question’. Bagaimanapun pemilik nama Zulkifli Ariffin ini memberitahu dia sudah lali apabila namanya dikaitkan dengan pelakon wanita yang bergandingan dengannya dalam drama atau filem. Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22 namun pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada Februari tahun lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!