suria

Baby Shima sedih, pelakon drama YouTube ‘Perempuan Penyondol’ jadi mangsa hinaan - “Kiera betul-betul depress... saya nak bagi dia peluang cuba bakat tanpa pandang fizikal dan rupa”

Baby Shima sedih melihat Kiera yang alami kemurungan gara-gara fizikalnya dihina oleh netizen.

GARA-GARA berlakon dalam drama pendek berjudul Perempuan Penyondol di video penyanyi Baby Shima yang dimuat naik di saluran YouTube pada Sabtu lalu, wanita yang dikenali sebagai Kiera menerima kecaman dan hinaan daripada netizen.

Menerusi perkongsian video di Instagram Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, wanita tersebut meluahkan rasa sedih apabila menjadi mangsa 'body shaming'.

ARTIKEL BERKAITAN: Kritik sampai peserta menangis, pengsan perkara biasa... Baby Shima anggap komen Mas Idayu 'berisi' - “Setakat tegur kat TV Malaysia ni tak pedas pun!”

Shima, 29, berkata tujuan dia berkongsi video luahan perasaan Kiera atau nama sebenarnya, Nurul Zaidatul Akhira Diana, 25, itu kerana ingin memberi kesedaran kepada netizen yang gemar menghina fizikal orang lain.

Shima memuat naik video luahan perasaan Kiera di Instagram miliknya.

"Ya Allah sedihnya hati ini. Shima nak tujukan video ni buat semua orang yang tak menjaga hati dan perasaan orang lain! (body shaming) sedihnya hati ni... bila Kiera meluahkan perasaannya pada Shima.

"Disebabkan cerita perempuan sondol yang baru Shima kongsi kelmarin, Kiera betul-betul depress... bila dia membaca komen-komen yang melampau, hinaan, makian dan body shaming terhadap Kiera.

"Niat Shima nak bagi semua orang peluang mencuba bakat tanpa memandang fizikal dan rupa. Sedikit sebanyak dapat membantu keyakinan mereka," kata Baby Shima.

Cuba korang bayangkan kalau terjadi pada diri sendiri, mak ayah, atau adik-beradik korang?

BABY SHIMA

PENYANYI

Video drama pendek memperlihatkan Kiera membawa watak sebagai perampas suami orang itu mendapat lebih 10,000 tontonan sejak dimuat naik di YouTube Baby Shima pada Sabtu lalu.

Biarpun ramai netizen memuji jalan cerita drama tersebut namun terdapat segelintir mereka meninggalkan komen negatif dengan menjadikan Kiera mangsa 'body shaming' atau penghinaan fizikal.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini meminta netizen untuk menjaga hati dan perasaan orang lain memandangkan perkara itu juga boleh terjadi kepada ahli keluarga sendiri.

Drama pendek yang dimuat naik di saluran YouTube Shima.

Menurut Shima yang juga bekas peserta Big Stage musim pertama ini, dia jadi takut untuk mengambil pelakon seperti Kiera yang berbakat disebabkan netizen yang gemar melakukan penghinaan fizikal.

"Cuba korang bayangkan kalau terjadi pada diri sendiri, mak ayah, atau adik-beradik korang? Please la jaga hati dan perasaan orang lain. Disebabkan korang yang mengutuk, Shima takut nak ambil orang seperti mereka lagi walaupun mempunyai bakat yang sangat besar.

"Sedarlah kita semua pun tak sempurna, ada kekurangan masing-masing," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain