suria

Syamel dan Ernie nikah pagi Jumaat, guna tanda pagar #GoodByeHelloBMKN raikan hari bahagia

Ernie dan Syamel bakal disatukan sebagai suami isteri pada pagi Jumaat.

AKHIRNYA pasangan selebriti popular Syamel dan Ernie Zakri mengesahkan pernikahan mereka pada 26 Mac iaitu pagi Jumaat seperti yang didedahkan mStar pada 17 Mac lalu.

Majlis akad nikah Syamel, 27 dan Ernie, 28, bakal berlangsung secara tertutup kira-kira pukul 10 pagi di sebuah masjid yang dihadiri ahli keluarga terdekat.

Menerusi laman YouTube, pasangan tersebut memuat naik sebuah video dengan menggunakan tanda pagar #GoodbyeHelloBMKN, bagi mengumumkan tarikh istimewa itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar menanti nasi kenduri Ernie Zakri dan Syamel... khabarnya dah tak lama, hujung bulan ini!

"Alhamdulillah, kami sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan kami pada hari Jumaat bagi mengambil keberkatannya.

"Ia akan dilakukan secara tertutup dan hanya keluarga terdekat sahaja diundang memandangkan kami perlu mematuhi SOP ditetapkan," katanya.

Difahamkan pihak Syamel atau nama sebenarnya, Syamneel Aqmal Mohd Fodzly akan memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dan seutas gelang tangan untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Syamel dan Ernie akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada 3 April 2021 di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Jemputan pada majlis itu nanti perlu mengikut 'dress code' bertemakan Black Tie.

Pasangan itu mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017 dan muncul juara dalam program berkenaan.

Mereka kemudian membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain