suria

Tak mahu cinta jadi penghalang, Ismail Izzani sedia ‘lepaskan’ kekasih belajar luar negara

Pasangan ini mula bercinta sejak dua tahun lalu.

BAKAL berjauhan untuk tempoh beberapa tahun, penyanyi Ismail Izzani berkata, dia tidak pernah menghalang teman wanitanya, penyanyi Shalma Eliana untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri, 21, berkata, dia mahu melihat Shalma terbang tinggi mengejar impian untuk masa hadapannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani hadiah cincin berlian untuk Shalma Eliana - “Hanya tanda cinta, kami belum bertunang”

"Shalma akan terbang ke Australia pada awal tahun hadapan. Sepatutnya dia pergi bulan Julai tahun ini tapi disebabkan situasi negara sekarang ia terpaksa ditangguhkan.

"Saya dah cakap dah kalau boleh nak suruh dia sambung belajar dekat sini sahaja... tapi saya tidak akan menghalang cita-cita dia.

Ismail menghadiahkan promise ring pada Shalma pada Disember lalu.

"Saya nak dia rasa sendiri pengalaman belajar di luar negara... saya tidak dapat pengalaman itu sebab saya bukan orang yang jenis study," katanya kepada mStar.

Ismail ditemui pada majlis pelancaran produk makanan Big Mouth X Nabila Razali yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, tambah Ismail, dia dan kekasihnya itu masih muda dan akan menggunakan masa yang ada untuk membina masa hadapan sebelum membuat keputusan berumah tangga.

Saya dah cakap dah kalau boleh nak suruh dia sambung belajar dekat sini sahaja... tapi saya tidak akan menghalang cita-cita dia.

ISMAIL IZZANI

PENYANYI

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta pada sekitar tahun 2019.

Pada Disember lalu, penyanyi lagu Luar Biasa itu menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada Shalma atau nama sebenarnya, Shalma Eliana Bruhanutheen, 21, sebagai tanda 'promise ring' di antara mereka berdua.

Keluarga merestui hubungan pasangan ini.

"Sudah tentu saya akan merindui dia, kalau tidak dia sepatutnya pergi belajar di United Kingdom tapi di saat akhir tukar di Australia. Jadi tidaklah terasa sangat perbezaan waktu itu di antara kami.

"Saya hormat dan akan sentiasa sokong apa yang dia buat sebab kami masing-masing bagi masa untuk teruskan impian serta cita-cita sendiri terlebih dahulu," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain