suria

Apa istimewanya PU Riz? Neelofa cerita saat jatuh cinta - “Dia pendengar yang baik, lemah lembut dan matang”

Neelofa cerita awal perkenalannya dengan PU Riz pada tahun 2017. Foto: wedlocx.co

SELEBRITI terkenal Neelofa mendedahkan dia mula mengenali suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz sekitar Jun 2017 dan pernah bekerjasama dalam sebuah projek pada 2018 namun terputus hubungan selepas kolaborasi tersebut.

Bagaimanapun setahun yang lalu, mereka kembali berhubung dan mula mengenali hati budi masing-masing.

Malah Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 31, menyifatkan sikap baik hati, lemah lembut, dan matang jejaka itu membuatkan hatinya terpikat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa, PU Riz sah jadi suami isteri, disatukan dalam majlis serba putih

"Selepas kolaborasi pada 2018, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Daripada titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing.

"Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

TONTON VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN NEELOFA & PU RIZ!



Momen bahagian PU Riz dan Neelofa.

"Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah," katanya.

Neelofa sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi, Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Saya berkesempatan menghadiri kelas-kelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga!

NEELOFA

PELAKON/ PENGACARA

Dalam pada itu, Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa mengakui dia sudah melakukan persiapan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan-rakan terdekat, banyak nasihat yang diberikan dan insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan.

"Dalam masa yang sama, saya juga berkesempatan menghadiri kelas-kelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga," ujarnya.



Neelofa dan PU Riz disatukan sebagai suami isteri pada pagi Sabtu.

Sementara itu, bekas pengacara program MeleTOP ini memberitahu dia belum bercadang untuk berehat sementara daripada dunia perniagaan memandangkan banyak hal yang perlu diuruskan biarpun selepas berkahwin.

"Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berehat sementara kerana banyak hal bisnes yang perlukan pemantauan saya walaupun selepas majlis berlangsung.

"Selain beberapa produk baharu yang dilancarkan di bawah jenama minuman Nilofa, koleksi raya Naelofar juga baru sahaja dilancarkan. Memang agak sibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa untuk menguruskan rumah tangga," katanya.

Sebelum ini pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu dalam sebuah majlis tertutup hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain