suria

Kesal ada yang cemburu perkahwinan Neelofa dan PU Riz, Shahrulezad tegur netizen komen negatif bersihkan hati

Shahrulezad minta netizen doakan yang baik-baik untuk Neelofa dan PU Riz.

BERITA perkahwinan pasangan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan Pencetus Ummah (PU) Riz menjadi sebutan ramai sehingga trending di laman Twitter.

Selain ucapan tahniah, ada juga segelintir daripada mereka menulis komen negatif sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna media sosial yang lain.

Hal ini turut menarik perhatian pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang meluahkan rasa kesal dengan sikap mereka yang tidak beradab dalam menulis komen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sungguh saya tak tahu hari ini pernikahan beliau” - Ustazah Asma terharu Neelofa masih balas mesej beberapa jam sebelum jadi milik PU Riz

"Hari ni timeline abam (gelaran untuk dirinya) penuh dengan cerita pernikahan Lofa (nama panggilan Neelofa) dan PU Riz. Cantik pasangan pengantin. Tema majlis pun abam suka. All white. My all time favourite colour.

"Cuma yg tak berapa best bila baca komen komen yg ditinggalkan terutamanya dari netizen perempuan. Girls. Why so bitter and envy? Kalau tak suka pun dengan Lofa simpan jer dalam hati sambil cuba sorokkan sikit hati yg hitam tu.



Berita perkahwinan Neelofa dan PU Riz menjadi trending di media sosial.

"Chill. Hari ni kan hari bahagia dia. Tak salah kita sama-sama doakan kebahagian dia. Kalau korang tahu pula terhegeh-hegeh mintak semua org doakan kebahagian korang... kalau kebahagiaan orang lain siap tarik muka mencebik lagi. Tolong sorokkan sikit hati yang hitam berkarat tu," katanya.

Shahrulezad menulis pandangannya itu menerusi Instagram pada Sabtu.

Tak salah pun kalau kita doakan kebahagian untuk orang yg kita tak suka. Mana tahu doa tu Allah kembali semula pada kita. Peace!

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

Neelofa, 32, sah menjadi isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan mengikut SOP dan bertemakan rona putih dihadiri seramai lebih kurang 150 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti.



Shahrulezad tegur netizen yang tulis komen negatif di media sosial.

Dalam pada, pengarah drama Takdir Yang Tertulis ini menasihati netizen berkenaan supaya berfikiran positif dan sentiasa mendoakan yang baik-baik sesama manusia.

"Tak salah pun kalau kita doakan kebahagian untuk orang yg kita tak suka. Mana tahu doa tu Allah kembali semula pada kita. Peace!

"Apa-apa pun Abam nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru untuk Lofa dan pasangan. Semoga Allah memberikan keberkatan kebahagiaan kepada mempelai. Amin Ya Rabbal Amin," ujarnya.

Perkongsian Shahrulezad itu menerima reaksi positif daripada pengikutnya dan rata-rata bersetuju dengan pandangan pengarah berusia 48 tahun itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain