suria

Sehari bergelar suami Neelofa, ada pihak buka akaun Twitter palsu guna nama PU Riz

Pasangan mempelai ini diijabkabulkan pada pagi Sabtu.

PENCETUS Ummah (PU) Riz kesal apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab membuka sebuah akaun Twitter menggunakan namanya.

Lebih teruk lagi, individu tersebut membuat ciapan dan memuat naik foto-foto perkahwinannya dengan pengacara Neelofa bersama kata-kata romantis serta tanda pagar #SayangHarisSeorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘bising’ majlis nikah Neelofa dan PU Riz tak patuh SOP, polis mula siasat

Perkara itu menjadi bualan netizen sejak pagi Ahad sehingga membuatkan pendakwah selebriti itu tampil menafikan perkara tersebut.

"Ini bukan akaun (Twitter) rasmi saya," katanya ringkas.

PU Riz menafikan akaun ini dikendalikan oleh dirinya.

Menerusi tinjauan mStar, akaun yang menggunakan nama @hrisbismail_ itu baharu sahaja diaktifkan sebaik Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, sah bergelar suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, pagi Sabtu.

Ini bukan akaun (Twitter) rasmi saya.

PU RIZ

PENDAKWAH BEBAS

Sehingga kini, akaun Twitter tersebut telah mempunyai lebih 4,000 pengikut.

Pasangan ini diijabkabulkan pada pukul 11.40 pagi di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mempelai kemudiannya diraikan dalam majlis yang sama, yang dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang berpakaian serba putih mengikut tema majlis.

Riz dan Neelofa berkenalan pada Jun 2017 sebelum menjalinkan hubungan lebih serius pada tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain