suria

Ramai ‘bising’ majlis nikah Neelofa dan PU Riz tak patuh SOP, polis mula siasat

Majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz dihadiri kira-kira 150 tetamu.

SUSULAN dakwaan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP), majlis perkahwinan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan Pencetus Ummah (PU) Riz disiasat pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa, PU Riz sah jadi suami isteri, disatukan dalam majlis serba putih

Menurut Mohamad Zainal, siasatan awal mendapati majlis yang diadakan itu gagal mematuhi SOP yang ditetapkan selain tiada penjarakan fizikal.

"Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan," katanya.

Majlis perkahwinan Neelofa dikatakan gagal mematuhi SOP kerana tiada penjarakan fizikal.

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan Riz atau nama sebenar, Haris Ismail, 26, di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ia seterusnya menjadi bualan ramai di media sosial apabila ada yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun kepada beberapa pasangan sebelum ini kerana gagal patuh SOP.

Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan.

ASISTEN KOMISIONER MOHAMAD ZAINAL ABDULLAH

KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI

Dalam majlis bertemakan serba putih, bekas pengacara MeleTOP itu dinikahkan oleh adik kandungnya, Mohamed Aqief Mohd Noor berwakil walikan bapanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dijemput membacakan khutbah nikah dan tazkirah ringkas.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti tanah air seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aishah, Kilafairy serta Hannah Delisha dan suami, Imam Shah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain