suria

Inspektor Sheera ‘Gerak Khas’ pilih anggota polis jadi calon suami, rancang kahwin sebelum Ramadan

Sheera Iskandar menunggu detik naik pelamin lagi sekali.

SELEPAS hampir 14 tahun membintangi drama bersiri Gerak Khas, akhirnya pelakon Sheera Iskandar mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan tersebut yang bersiaran episod akhirnya pada Sabtu lalu.

Menurut Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 36, dia mengakui sedih apabila drama kepolisan itu sudah menamatkan siarannya selepas lebih 21 tahun menemui penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: “Malu rasanya, sepatutnya saya datang dekat dia” - Farid Amirul tak sangka Zulkifli Al Bakri masih kenal ‘Detektif Lim’

"Sedih sangat sebab memang suka bawa watak anggota beruniform. Biarpun saya hanya masuk dalam keluarga Gerak Khas pada tahun 2007 namun ia merupakan satu penghargaan apabila terlibat dalam drama yang diterbitkan Datuk Yusof Haslam.

"Lepas habis drama ini, memang saya tiada sebarang tawaran lakonan, jadi bolehlah beri lebih fokus kepada perniagaan yang diusahakan.

"Gerak Khas dah tamat, doakan Sheera teruskan kehidupan sebagai isteri polis pula," katanya ketika dihubungi mStar.

Sheera berkongsi perasaannya selepas Gerak Khas menamatkan siaran selepas 21 tahun ditayangkan.

Sementara itu, Sheera juga berkata dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang anggota polis yang dikenali sebagai Mr. H dalam masa terdekat.

"Bakal suami saya ni pemalu orangnya, kalau boleh dia nak dikenali sebagai Mr. H je dulu. Dia berasal dari Melaka.

Gerak Khas dah tamat, doakan Sheera teruskan kehidupan sebagai isteri polis pula.

SHEERA ISKANDAR

PELAKON

"Dulu dia bertugas di Labuan dan baharu beberapa bulan ditukarkan ke Semenanjung. Sekarang kami dalam perancangan untuk mendirkan rumah tangga. Disebabkan belum boleh merentas negeri, jadi agak sukar untuk kumpulkan ahli keluarga bakal suami yang tidak tinggal di Kuala Lumpur.

"Kalau boleh kami mahu disatukan sebelum Ramadan tahun ini. Jadi sekarang kami dalam proses untuk uruskan hal perkahwinan secepat mungkin," katanya.

Sheera sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015 namun tidak bertahan lama apabila disahkan bercerai pada hujung 2018.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain