suria

Peminat terkejut Elizabeth Tan ada ‘baby bump’ selepas dua minggu kahwin - “Wow nampak sesuatu, tak lama lagi la ni”

Elizabeth Tan disangka hamil kerana perutnya kelihatan sedikit berisi.

PERKONGSIAN foto terbaharu penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan di Instagram menarik perhatian pengikut apabila ada yang menyangka dia kini sedang hamil.

Dalam muat naik tersebut, Elizabeth atau nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei, 28, bergambar kenangan bersama pelakon drama Pi Mai Tang Tu iaitu Angeline Tan.

Namun apa yang mencuri perhatian peminat ialah keadaan perut Elizabeth yang dilihat sedikit berisi seakan-akan seperti baby bump.

ARTIKEL BERKAITAN: Elizabeth Tan mohon maaf terpaksa rahsia perkahwinan - “Saya masih Lizzy yang sama, harap semua hormat keputusan ini”

"Saya nampak sesuatu... tak lama lagi la ni!

"Wow baby bump! Ada berita baik ke nak kongsi dengan kami?

Elizabeth Tan bersama suaminya, Siew Jim.

"Baju tu besar kot, bukan macam yang dijangka... baru kahwin macam mana boleh mengandung secepat itu!" demikian antara komen peminat.

Mengakui lucu membaca komen yang ditulis pengikut, Elizabeth tampil menjawab persoalan mereka itu menerusi ruangan Instastory.

Guys... saya belum mengandung!

ELIZABETH TAN

PENYANYI

"Guys... saya belum mengandung," katanya dengan menyertakan emoji ketawa.

Penyanyi lagu Semua Sudah ini selamat mendirikan rumah tangga dengan usahawan dikenali sebagai Siew Jim pada 20 Mac lalu.

Elizabeth terhibur baca komen peminat tapi sebelum itu dia memberitahu berasa kurang sihat di Instastory.

Pada awalnya pasangan ini merahsiakan perkahwinan mereka, namun berita itu tersebar dan dikongsi oleh kenalan termasuklah bapa sendiri, David Tan Suan Chew melalui media sosial tanpa pengetahuannya.

Menganggap hal perkahwinan adalah perkara peribadi, Elizabeth selepas itu tampil memohon maaf kepada peminat dan pihak media kerana merahsiakan perkahwinan itu.

"Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi... saya ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan media.

"Pada saya memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa. Saya masih Lizzy yang sama dan berharap semua dapat terima dan hormat keputusan ini," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain